Alamak, apa nak tulis hari ini?

seronok-bila-ride

Hari ini tak tau nak tulis apa. Sebabkan ada ride dengan kawan-kawan kat Cs Team, mood nak menulis jadi ke laut. Haha. Bila dalam fikiran dok fikir nak ride daripada semalam lagi, semua kerja jadi ke awang-awangan.

Dah lama tak ride, walaupun motor tak berapa nak sihat tapi tetap gagah nak teruskan ride juga. Sebab minggu lepas tak dapat nak follow kawan-kawan pergi Janda Baik. Geram tengok dorang post gambar-gambar tengah menunggang.

Cuma nak bagitau, ini kira salah sendiri juga lah ni. Sebab tak siapkan kerja awal-awal. Semuanya jadi kalut. Ikutkan kalau dah tulis artikel awal-awal takde lah terkejar-kejar nak siapkan penulisan. Betul tak? Hihi. Nak kena pandai urus masa.

Sebab semua orang dibagi masa 24 jam dalam sehari. Takde yang lebih takde yang kurang. Kalau orang lain boleh ada masa yang cukup, kenapa diri sendiri tak cukup. Haa.. Pengurusan masa memang penting, kalau tak semua nya huru-hara.

Pendek kata, takde manusia yang sempurna. Semuanya memang selalu lalai. Yang paling penting usaha nak perbaiki kekurangan diri tu lagi penting. Kalau tak, hidup je la dalam keadaan yang tak terurus dan terabai. Lagi teruk huhuhu.

Haa.. Walaupun tak tau nak tulis apa tapi ada juga lah benda nak tulis. Hihihi. Takde alasan kalau kata nak buat, betul tak? Kalau dah memang taknak buat tu. Memang seboleh-bolehnya ada 1001 macam soalan yang nak kena fikir. Hehe.

Wallahualam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge