Lama aku tidak pulang ke kampung halaman. Melihat pemandangan di kebun milik arwah datuk ku ini pasti akan membuatkan aku teringat akan kenangan waktu kecil dahulu. Betul kata orang, memori waktu kecil itu akan sentiasa terpahat di dalam hati. Indahnya zaman kanak-kanak.
Tidak perlu fikir tentang banyak perkara. Hanya fikirkan tentang bermain sahaja. Kebun ini menjadi saksi betapa nakalnya aku dahulu. Pagi sudah keluar bermain dengan Ramona, Zafer dan Helena. Tengahari balik makan dan tidur sebentar, petang pula sambung aktiviti panjat pokok dan mandi sungai.
NAKAL
Bila balik lewat senja pasti akan dimarahi datuk yang sangat tegas tetapi penyayang. Walaupun selalu kena marah dengan datuk, tapi beliau sangat baik. Tak pernah sekali pun kami dipukul dengan teruk. Cuma kadang-kala bila buat kesalahan yang agak sedikit serius, datuk akan rotan di tapak tangan.
Bila sampai kena rotan tu barulah aku akan takut untuk membuat kesalahan lagi. Tapi biasanya bertahan selama 2 hari, lepas tu buat balik. Hehe. Datuk pun dah faham sangat dengan perangai dan karenah aku. Sentiasa sabar dan selalu murah dengan senyuman.
ALPA
Bila aku sudah di sekolah menengah, aku sudah jarang balik ke kampung. Datuk akan sentiasa menelefon ku bertanyakan khabar. Tapi ialah, umur sedang meningkat naik. Tentu sahaja kawan-kawan sekolah yang lebih aku beri perhatian daripada datuk ku sendiri.
Lama-kelamaan aku menjadi renggang dengan datuk. Bila ibu dan ayah bawa aku balik ke kampung berjumpa dengan datuk pada hari raya, aku akan sibuk dengan gajet dan telefon bimbit ku. Datuk akan masakkan makanan kegemaran aku sewaktu kecil, iaitu nasi berlaukkan telur mata dan kicap, tapi aku tetap nak makan spagheti dan makaroni.
EGO
Mana lah ada makanan seperti itu di kampung. Datuk masakkan aku mee goreng, tetapi aku tetap tak mahu makan. Sudah nya aku merajuk dengan datuk. Datuk ajak aku naik motor kapcai nya pusing keliling kampung untuk memujukku, aku tidak melayan atuk dan buat tak endah sahaja.
Sedangkan waktu aku kecil, aku selalu paksa atuk untuk membawa ku jalan-jalan menaiki motosikal honda bulat itu. Berubah muka atuk bila aku menolak ajakan nya. Hingga lah satu hari, datuk disahkan sakit tua dan tidak mampu lagi untuk membuat kerja-kerja di rumah.
TAK DIDUGA
Aku sedang dalam persiapan untuk menghadapi peperiksaan terpenting dalam hidup aku. Datuk telefon memberitahu ada perkara penting yang ingin beliau sampaikan, tetapi aku menyuruh datuk beritahu aku pada esok pagi kerana aku sedang ulang kaji pelajaran sedangkan aku malas nak melayan permintaan datuk.
Selang keesokan hari nya aku mendapat perkhabaran bahawa datuk telah meninggalkan kami semua. Alangkah terkejut nya aku apabila mendengar berita tersebut. Dunia tiba-tiba menjadi hitam, dan pandangan ku menjadi kelam. Seluruh tubuhku terasa kaku dan tidak bermaya.
TAK TERUNGKAP
Aku tidak percaya kerana baru semalam aku bercakap dengan datuk. Kami segera pulang ke kampung halaman. Sampai sahaja di muka pintu, aku terus mendakap tubuh datuk yang sudah dikapankan. Aku menangis meraung-raung tanpa henti disisi jenazah datuk.
Semua orang yang berada di rumah menenangkan aku. Aku tidak dapat lagi membendung perasaan kesedihan dan penyesalan yang teramat sangat. Apatah lagi datuk ada satu perkara yang ingin beliau beritahu namun kini ianya tidak kesampaian dan akan menjadi tanda tanya bagiku seumur hidup.
SESALI
Allahu, menyesal nya aku kerana bersikap dingin dengan datuk selama ini. Mulalah aku teringat akan kenangan ketika kami bersama namun semuanya sudah terlambat. Datuk telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Maafkan aku kerana selama ini mengabaikanmu datuk.
Aku menyesali atas perbuatanku dan kesilapan aku. Kini aku hanya panjatkan doa semoga Allayarham datuk ditempatkan disisi Rasulullah dan para solihin. Datuk seorang yang sangat baik. Aku akan jaga peninggalan datuk di kampung ini dan aku pastikan kebun datuk akan sentiasa terpelihara dan dijaga sebaiknya.
Damai lah datuk disana. Pasti syurga buat mu datuk. Maafkan aku tidak menjadi yang terbaik buat mu. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Al-Fatihah.
Artikel menarik untuk anda:
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING
Naik turun, jatuh bangun selama 12 tahun sebagai seorang tukang gunting rambut berkaliber tentunya membuatkan nama Pedo disebut-sebut selalu oleh pelanggannya. Jenis…... Baca selanjutnya »
RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP
Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »
Si Flegmatik
Toura seorang yang pendiam. Sewaktu masih kecil lagi dia sering mengasingkan diri dengan kawan-kawan sebayanya yang lain. Memang susah nak melihat Toura…... Baca selanjutnya »
KUATKAN AKU
Guruh berdentum dengan sangat kuat. Angin ribut dan kilat sabung menyabung bagaikan membelah langit. Cuaca yang tadinya cerah terang benderang langsung bertukar…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions