Leah seorang suri rumah sepenuh masa. Segala kerja-kerja di rumah Leah lah yang akan selesaikan semuanya. Kerja mencuci pakaian, membersihkan rumah dan menjaga 2 orang anak semuanya dilakukan dengan cermat dan teratur.
Leah memang pantang bila melihat rumahnya bersepah. Sekali-kali dia tidak akan membiarkan sampah bertaburan di ruang tamu atau dinding bilik air dinaiki kulat. Pasti Leah akan menyental sebersih-bersihnya.
KEADAAN BERTAMBAH BURUK
Namun yang menjadi masalah bagi Leah adalah anak-anak Leah sering kali mengalami batuk dan selesema yang berpanjangan. Sampai satu tahap apabila anaknya kerap batuk dan selesema, kerja-kerja Leah semuanya terganggu.
Suami Leah juga sering mengadu tak dapat tidur malam dengan nyenyak. Prestasi kerja suami Leah juga menurun disebabkan sering terjaga tengah malam dan tidak mendapat rehat secukupnya. Setiap pagi tentu mereka akan bertengkar sewaktu sarapan.
MENCARI SOLUSI
Leah buntu untuk mencari penyelesaian bagi penyakit yang dihidapi anaknya. Leah pun menceritakan kepada seorang kenalan rapatnya semasa bersekolah dulu. Leah teringat yang kawannya juga pernah mengalami masalah yang sama.
Lalu kawan Leah menceritakan bagaimana dia mengatasi masalah anaknya dulu yang kerap batuk juga. Dia menyuruh Leah melakukan teknik penyedutan wap. Isikan mangkuk besar dengan air panas kemudian dapatkan anak dengan meletakkan kepala di atas mangkuk.
Kemudian galakkan anak supaya menyedut seberapa banyak wap stim yang boleh. Wap yang disedut akan melegakan kesesakan hidung terutama yang disebabkan oleh lendir. Dia juga menyarankan Leah berhati-hati kerana melibatkan air panas.
SEMBUH BAHAGIA
Selang beberapa minggu kemudian anak Leah mula menampakkan kesan positif. Anak Leah sudah beransur baik batuknya dan selesema mereka juga sudah hilang. Leah juga lega kerana teknik penyembuhan yang disaran rakannya itu membuahkan hasil.
Leah bersyukur kini dia dan suaminya sudah tidak bergaduh lagi. Kehidupan mereka lebih tenteram dan aman. Mereka juga mendapat perkhabaran gembira bahawa Leah kini mengandungkan anak mereka yang ketiga. Tentunya keluarga mereka akan lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata baru.
Artikel menarik untuk anda:
MANA ANAK AKU
Turun naik nafas ku tidak berhenti. Degupan jantung terasa seolah-olah hendak keluar dari tubuh. Peluh menitis laju walaupun pendingin hawa di dalam…... Baca selanjutnya »
SIKIT-SIKIT NGANTUK
Bila aku ditugaskan oleh majikan untuk bertemu dengan bakal prospek nun jauh di utara tanah air, mula lah aku hilang arah dan…... Baca selanjutnya »
LUANGKAN SEDIKIT WAKTU
Hari sabtu merupakan hari yang paling dinantikan anak-anak. Tentu sahaja mereka akan seronok dan gembira kerana mereka dibawa berjalan-jalan ke sekitar ibu…... Baca selanjutnya »
APA SUDAH JADI
Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila…... Baca selanjutnya »
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions