Anak itu satu anugerah terindah, bukan bebanan untuk ibu bapa

kenangan-yang-sentiasa-dirindukan

Sementara duduk dalam kereta tunggu isteri beli barang tadi, aku sempat belek-belek galeri telefon nak buang mana gambar atau video yang tak penting. Lama juga rasanya tak godek-godek isi dalam telefon ini. Ikutkan memang malas nak cari-cari satu mana gambar yang tak perlu ada dalam memori.

Cuma disebabkan kad dah nak penuh, terpaksalah juga check satu persatu. Memang banyak betul gambar-gambar yang tak perlu pun nak simpan. Yang aku tinggalkan tak padam kebanyakannya gambar yang melibatkan dengan kerja aku. Sebab nanti ada yang aku nak forward kan kat pelanggan.

Wajah yang menenangkan hati

Duk tengah scroll itu aku perasan lah gambar-gambar lama dengan video anak-anak aku masa kecil. Waktu tu kitorang masih duduk rumah lama lagi. Banyak kenangan kat sana. Yang si abang baby lagi baru lahir. Adik pula masa tu belum ada. Sesetengah gambar kitorang tangkap masa adik baru lahir.

Aku perhatikan muka anak-anak aku yang tengah tidur dalam kereta time ini. Cepatnya lah dorang membesar. Rasa sayu pula bila dorang meningkat usia ini. Rindu kaletah masa kecil dulu. Waktu tu boleh gendong atas tapak tangan je sebab halus. Sekarang nah besar yakmat nak dukung pun dah tak larat. Badan nak sama besar macam babah dia dah.

Waktu terus berjalan

Terus terang aku cakap, perasaan bila tengok anak sendiri membesar tu memang susah nak di ucap dengan patah perkataan. Terasa betul yang diri ni dah makin berumur. Padahal sebelum ini ada je budak-budak lain yang aku kenal masa dorang still budak kecil tapi takdelah terkesan kat aku sangat.

Baru sedar dengan alam realiti umur kita makin hari makin sikit yang tinggal. Sama ada terima atau tak terima takdir hidup semuanya dah ditentukan. Sentiasa lah bahagiakan orang yang kita sayang lebih-lebih lagi keluarga. Kalau bukan kita yang nak tolong saudara sendiri, siapa lagi yang nak bantu bila dalam kesusahan.

Beruntung dapat lihat mereka membesar di depan mata

Apa yang pasti, aku sentiasa bersyukur walau dalam keadaan apa sekalipun yang berlaku dalam hidup. Aku bersyukur Allah SWT limpahkan rezeki yang tidak terhingga. Rezeki ini bukan setakat duit dan material semata. Sempit pemikiran bila anggap rezeki ni duit sahaja.

Sedangkan rezeki Allah SWT itu sangat luas. Perjalanan manusia itu memang dah ditetapkan, usaha untuk perbaiki hidup kepada yang lebih baik itu dah jadi satu kewajipan. Andai kata gusar dan gelisah bila melihat anak makin besar, bersyukur lah dalam hati bahawasanya kita diberi kesempatan untuk lihat mereka membesar di depan mata.

Bahagiakanlah anak-anak selagi masih ada hayat dikandung.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge