Anak mudah sakit disebabkan persekitaran yang berhabuk

abang-adik-perangai-tak-sama

Aku ada 2 orang anak kecil. Biasalah budak-budak ini selalunya mudah sensitif sikit. Masa kecil memang kena sentiasa pantau dan ambil berat keadaan mereka setiap hari.

Kita sebagai ibu bapa ini kalau boleh memang nak yang terbaik untuk anak-anak. Apa saja yang melibatkan mereka kita takkan sekali-kali ambil sambil lewa.

Beza antara abang dengan adik

Anak aku yang sulung itu masa kecil tak susah sangat nak jaga. Walaupun masa dia lahir isteri aku hampir sehari semalam duduk dalam bilik bersalin, tapi penjagaan dia selepas dah lahir itu lebih mudah.

Beza dengan adik. Adik ini lahir senang je. Lepas maghrib sakit nak bersalin, beberapa minit lepas habis azan isyak terus isteri aku melahirkan dia. Cuma nak jaga yang adik ini tak sama macam abang.

Adik mudah sensitif daripada abang

Adik ini dia lebih sensitif sikit. Bila dalam keadaan persekitaran yang boleh buat dia tak selesa, mula lah datang tanda-tanda yang kalau boleh kita nak elakkan sangat.

Aku perasan adik ini lebih kerap demam daripada abang. Kadang demam sekejap kemudian kebah balik. Cuma bila dalam keadaan yang tak jangka, ada juga yang melarat dan aku bawa pergi hospital.

Beri perhatian yang lebih kepada adik

Rupanya adik ini dia agak sensitif sikit. Kalau dia berada dalam keadaan ataupun situasi yang kurang bersih ataupun berhabuk dia boleh cepat sakit. Badan dia pun boleh naik ruam.

Jadi aku decide untuk bagi lebih perhatian dekat dia. Aku pastikan keadaan bilik sentiasa bersih dan kurang berhabuk. Bila kita berada dalam keadaan yang tak bersih, memang mudah untuk dapat penyakit.

Pentingnya jaga kebersihan diri

Sebab itu dalam agama Islam kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ikutkan kita memang kena sentiasa jaga kebersihan diri dan rumah tempat kita tinggal setiap hari.

Lebih rajin kita ambil tahu pasal semua ini, bermakna semakin kita menjaga amanah dan tanggungjawab sebagai manusia yang kita perlu pikul. Ini sangat penting untuk kita kisahkan.

Apa-apa pun kebersihan diri cerminan peribadi. Jagalah ia baik-baik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge