11 tahun yang lepas, aku sendiri yang menjual pakaian suit terpakai ini. Waktu itu umur baru 18 tahun. Tahun 2008 lepas habis peperiksaan SPM, aku ambil keputusan untuk tidak sambung pelajaran dan membantu perniagaan ayahku berniaga bundle di Chowkit.
Aku mengambil alih perniagaan kerana ayahku baru membuka cawangan di Downtown Cheras. Kebiasaannya orang yang berniaga bundle ini akan lebih terarah menjual jeans dan t-shirt tetapi ayah aku mengambil pendekatan yang lebih berani dengan menjual pakaian pejabat yang jarang orang terfikir nak jual.
CUBA-CUBA
Yelah, pakaian pejabat seperti blazer, vest coat, kemeja putih, seluar slack wool, tie dan lain-lain ni bukannya pakaian yang selalu orang cari. Mungkin tak terfikir pun orang akan beli second hand tapi pakaian ini semua kalau nak beli baru memang amat mahal. Kalau tempah pun mungkin makan masa 2 minggu nak siap.
Dulu masa menjual, selalu juga aku cuba-cuba pakai dan masa itu berangan seronoknya kehidupan aku setiap hari kalau kena pakai pakaian formal macam ini. Rasa macam bos-bos besar pula bila mengenakan suit lengkap full black dengan kemeja putih cufflink dan bow tie.
ANUGERAH TERINDAH
Tapi itu semua angan-angan sahaja lah. Sekarang di tahun 2019, alhamdulillah akhirnya impian aku nak merasa pakai pakaian formal ini tercapai jua. Pasukan jualan yang aku sertai sekarang mengadakan satu acara khas bagi meraikan para penerima anugerah yang telah berjaya mencapai target jualan yang ditetapkan oleh syarikat.
Antara ramai-ramai, aku salah seorang penerima anugerah yang telah berjaya mencapai sasaran pasukan. Jadi kami diminta untuk memakai pakaian mengikut tema Gatsby ataupun Kingsman. Bukan main seronok lagi aku rasakan kerana akhirnya aku berjaya merealisasikan impian untuk memakai sepasang suit hitam yang lengkap dan kemas.
BANTUAN SI DIA
Pada mula nya aku berhajat nak tempah atau beli sahaja yang baru, tetapi memandangkan impian aku dari dulu ingin memakai suit yang terpakai sama macam waktu aku berjualan dulu, maka aku pun pergi ke kedai bundle di Hulu Langat yang menjual pelbagai pakaian bundle.
Mula-mula nak cari tu memang agak payah juga nak jumpa yang sesuai sebab ada beratus helai suit tetapi mujur dengan sedikit pengalaman yang ada akhirnya aku jumpa juga yang sesuai untuk diri sendiri. Juga atas bantuan daripada isteri yang setia menemani selama 2 hari mencari dari satu kedai ke satu kedai bundle di seluruh Lembah Klang.
SEDIKIT USAHA
Mencari pakaian terpakai untuk diri sendiri ini memang perlukan sedikit kesabaran dan usaha kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Dalam kelompok pakaian yang banyak tu pasti akan ada yang sesuai untuk diri kita. Jangan pernah mengalah, mana tau jumpa yang branded kan, silap-silap boleh jual semula pada harga yang lebih mahal.
Isteri juga berbesar hati untuk menaja pakaian ku kali ini. Syukur alhamdulillah. Akhirnya impian ku daripada dahulu nak merasa pakai pakaian suit ini tercapai jua. Kenangan indah yang aku rasakan ini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Aku akan simpan memori yang terpahat selagi hayat di kandung badan.
Artikel menarik untuk anda:
PENING LAH NAK CARI
Seharian mencari baju untuk dipakai pada majlis yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Dari pagi hingga ke malam habis pusing satu…... Baca selanjutnya »
TIPS MEMILIH PAKAIAN TERPAKAI (BUNDLE)
“Alamak, esok pagi ada meeting lah. Baju kemeja putih time ni pulak boleh hilang. Sekarang dah pukul 10 malam. Mana nak…... Baca selanjutnya »
RAHSIA PERAP AYAM JADI LEBIH PADU !
Bila ada masa terluang dengan kawan-kawan, aku akan ajak dorang lepak. Kadang-kadang pergi tengok wayang, pergi makan, main bowling dan macam-macam lagilah….... Baca selanjutnya »
Rumah Impian
Semua orang tentu ada impian masing-masing. Sama juga macam aku. Waktu kecil dulu, aku teringin sangat nak tinggal dekat kondominium. Bukan apa,…... Baca selanjutnya »
APA SUDAH JADI
Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions