Kejayaan bukan datang sekelip mata. Sentiasa ada masalah yang harus diatasi. Harus gagal berkali-kali barulah kau akan jumpa cara penyelasaiannya. Setiap kali gagal, sentiasa belajar apakah punca ianya terjadi. Kemudian perbaiki sedikit demi sedikit dan jangan ulangi kesilapan yang sama kerana kesalahan yang terus menerus dibuat bukan lagi kekhilafan tapi itu kebodohan.
Teroka potensi yang ada dalam diri. Kau takkan pernah nampak kelebihan yang ada dalam diri. Kau akan rasa yang kau seorang pencundang. Sedangkan kau punya harga diri. Menuntut lah dengan para ilmuwan yang lebih arif dan lebih berpengalaman. Mereka pasti bisa membantu dikala diri sendiri tidak tahu bantuan apa yang diperlu.
DIBUKAKAN PELUANG
Asah skil dan gilap sekilat-kilatnya bakat yang terpendam. Jangan pernah putus asa dalam mempelajari setiap ilmu baru. Kau harus hargai peluang yang telah diberikan untuk kau mengorak langkah lebih maju ke depan. Kerana mungkin berjuta orang diluar sana yang mengharapkan peluang yang sama seperti yang kau ada.
Masa berlalu, baru mula sedar sebenarnya kelebihan yang ada dalam diri belum pernah dicungkil pun. Sedikit demi sedikit mula belajar bagaimana mengadaptasi bakat dan kepandaian dan masukkan dalam lapangan kehidupan seharian. Kini sudah lebih baik daripada semalam. Sudah tahu apa yang perlu dilakukan apa yang tidak.
JANGAN SOMBONG, RIAK DAN TAKBUR
Maka jangan pula terus meninggi diri dan memandang sinis akan keupayaan orang lain. Waktu kau rasa diri lebih bagus daripada orang sekeliling maka si durjana yang pasti direjam itu sedang bersorak-sorai meraikan kemenangan di pusingan pertama. Kau sudah dipengaruhi anasir-anasir hitam yang jalang.
Tetapkanlah iman pada lubuk hati yang paling dalam. Banyakkan istighfar bila kau kadang tersedar seketika. Lawan perasaan gila yang cuba merasuki. Ingat sejak dari awal kau bukanlah siapa-siapa. Kau juga sama seperti yang lain. Kau tidak tahupun kau dahulu siapa. Jadi jangan pernah berlagak kau lah raja yang mengetuai seluruh isi rimba.
PELINCIR REZEKI
Kelebihan yang kini ada pada diri, kau bantu pula orang yang sedang memerlukan pertolongan. Akan ada insan-insan yang sedang lemas yang makin hari makin hanyut dibawa arus ekonomi yang deras. Mereka tidak punya talian hayat lagi hanya menunggu untuk diselamatkan daripada terus hilang tenggelam ke dasar.
Hulurkan, hulurkan tanganmu dan bawa mereka bangun semula mengejar impian yang tertangguh. Kau sudah menggapai apa yang kau hajati, kini kau pula yang membuka peluang seperti mana kau dibukakan peluang satu ketika dahulu. Kau bantu orang dalam kesusahan, nescaya Allah SWT melapangkan lagi rezeki yang bakal kau peroleh. Sama-sama susah, sama-sama senang.
Artikel menarik untuk anda:
PENYULUH HIDUP
Pagi sampai ke petang aku habiskan masa di kelas. Walaupun hujung minggu, namun aku gagahkan juga meluangkan waktu untuk menimba ilmu pengetahuan….... Baca selanjutnya »
SATU LANGKAH PERMULAAN
Memulakan langkah pertama, memang kadang kala terasa sukar. Pelbagai perkara yang bermain di dalam fikiran apabila memutuskan cuba untuk mengubah kehidupan ke…... Baca selanjutnya »
KITA PEJUANG
Aku orang bisnes. Setiap hari aku akan bertemu dengan bermacam-macam manusia. Pelbagai ragam dan karenah aku temui bila aku keluar rumah dan…... Baca selanjutnya »
BERANI BERIMPIAN
Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar…... Baca selanjutnya »
SEANDAINYA MEREKA TAHU
Biasalah kadang orang luar sukar sebenarnya nak memahami apa yang sedang kita lalui sekarang ini. Mungkin bagi pandangan mata mereka, sebenarnya sesuatu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions