Assalamualaikum keluarga Sabri yang dikasihi,
Alhamdulillah terima kasih sebab percayakan Sabri untuk uruskan pesanan kalian semua. Sungguh perasaan saat menerima anugerah sebagai salah seorang Top Achiever memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Saat nama dipanggil naik ke atas pentas terus teringatkan detik-detik saat menguruskan tempahan. Banyak kisah suka duka yang terjadi.
Ada yang direct bertanyakan ke dalam whatsapp Sabri jika pemasangan produk penapis air boleh disegerakan atau tidak kerana tidak tahan dengan masalah air kotor yang terlampau teruk dikawasan tempat tinggal. Ikutkan pemasangan mengikut prosedur biasa lebih kurang 5 hari bekerja tapi Sabri usahakan kurang daripada tempoh tersebut juga.
Pernah satu ketika tu ada pelanggan Sabri yang mahu menempah pembelian untuk penapis udara. Nak jumpa dekat rumah beliau sebab senang nak berurusan secara berdepan. Perjalanan ke rumah makan masa hampir satu jam dengan menunggang motosikal. Walaupun hujan Sabri redah juga dan sebelum sampai ke rumah, Sabri tukar baju siap-siap supaya tak perasan baju seluar dah basah.
Ada makcik ini sampai dah anggap Sabri macam anak beliau sendiri. Beliau memang memerlukan penapis air disebabkan mengalami sedikit keuzuran atas faktor usia. Sabri uruskan pesanan beliau dari mula pendaftaran sampai lah siap pemasangan daripada pihak technician. Beliau hanya duduk tinggal di rumah dan boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Satu keluarga di Sabah punya anak ramai dan perlukan penapis air untuk mudahkan urusan seharian. Tak tertahan menanggung membeli air botol berkotak-kotak yang dirasakan lebih membazir. Tanpa berlengah, Sabri uruskan order beliau melalui saluran atas talian. Setelah semua urusan pendaftaran bahagian Sabri selesai, pasukan technician yang berada di Kota Kinabalu pula yang datang pasang.
Ada pelbagai lagi kisah-kisah suka duka yang akan sentiasa terpahat di dalam memori Sabri. Semuanya menjadi kenangan abadi yang pasti akan Sabri ceritakan dengan anak-anak nanti. Setakat hari ini, kurang lebih ada 80 buah keluarga yang berada di bawah tanggungjawab Sabri. Sabri akan sentiasa bersama dengan kalian memberikan perkhidmatan dan servis yang terbaik.
Tanpa kalian semua, maka tidaklah mungkin Sabri akan berdiri di atas pentas ini untuk menerima penghargaan sebegini hebat. Bersyukur sangat bila usaha dan keringat Sabri dihargai oleh pihak syarikat. Namun saat melihat senyuman kalian seisi keluarga menikmati air bersih, sihat dan selamat, tidak terungkap dengan kata-kata. Senyuman terukir walau kadang air mata itu tumpah jua. Tumpang gembira bersama-sama.
Janji Sabri, selagi hayat dikandung badan, Sabri akan terus berikan perkhidmatan terbaik hanya untuk kalian. Sabri perbaiki semasa ke semasa mutu dan perkhidmatan hingga tahap yang paling memuaskan. Anugerah ini untuk kalian, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa percayakan Sabri. Sama-sama kita bantu lebih ramai lagi dalam memberi kesedaran betapa pentingnya air yang lebih bersih dan udara yang lebih sihat untuk keluarga tersayang.
Salam sayang,
Sabrijati Jalil,
Achiever Super HP Award Quarter II 2019,
Artikel menarik untuk anda:
BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG
Anak-anak babah, janganlah sekali-kali kalian mendekatkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan. Nikmat kesihatan yang telah Allah berikan itu sebenarnya…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
PENGORBANAN BUAT ANAK YANG TERSAYANG
Perkahwinan merupakan ikatan suci dua insan yang telah berjanji bersumpah setia hingga ke hujung hayat mereka. Saling sayang menyayangi antara satu sama…... Baca selanjutnya »
HADIAH BUAT CIKGU
Kerjaya sebagai seorang guru memang menjadi cita-citaku sejak kecil. Tiada perasaan yang boleh digambarkan apabila aku telah lulus dengan cemerlang dan dipilih…... Baca selanjutnya »
AYAH SIBUK NAK
Sepanjang perjalanan di lebuh raya menuju ke selatan tanah air, apabila berhenti di hentian rehat, aku akan tidur sebentar bagi melepaskan lelah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions