Apa nak buat bila gagal capai target sales?

stress-494222_960_720

Ada ramai orang yang kecewa bila tak dapat capai apa yang dorang dah target. Contoh macam dalam bisnes yang aku buat ni. Kena achieve target yang kita nak untuk dapatkan income yang lebih daripada orang lain yang tak fight untuk capai target.

Tapi perjalanan untuk dapatkan unit jualan yang konsisten memang perlukan fokus yang sangat tinggi. Kalau fokus lari memang akan ke laut lah result kita. Apa yang aku nak share kali ni, apa nak buat kalau target yang kita nak tu tak dapat? Dah tentu kita akan down betul tak?

Pertama sekali, kita kena bertenang. Walaupun dada tu rasa macam sesak sebab sebelum ni kita dah memang konsisten dapat capai target, tapi nak tak nak kita kena terima hakikat kita dah gagal. Kalau tak memang boleh jadi gila dibuatnya. Masa ni syaitan memang suka betul nak cucuk kita.

Kedua, kita kena belajar untuk akui kesilapan kita. Bila kita mengaku kita salah, kita akan ada banyak benda untuk di perbaiki balik. Menyalahkan orang lain dan mencari alasan takkan bantu kita untuk improvekan kebolehan dan skill yang kita dah memang sedia ada. Teruskan belajar dan belajar.

Ketiga kita kena bersyukur walaupun kita dah gagal. Sekurang kurangnya ALLAH SWT bagi peluang untuk kita dekatkan diri kepada Dia dan mohonlah keampunan atas kesilapan yang kita dah buat. Manusia ni sentiasa lalai dan berada dalam situasi kerugian, jadi mohon doa supaya kita sentiasa dalam keredhaan dan kasih sayangNya.

Aku boleh faham macam mana rasa gagal tu sebab aku sendiri pun dah pernah alami. So apa yang aku cerita ni daripada pengalaman aku sendiri macam mana aku face benda ni dan macam mana aku handle. Insha ALLAH jangan risau, rezeki takkan pernah salah alamat. Selalu bersangka baik dengan Dia.

Aku sampai sekarang masih belajar dan terus belajar. Sama-sama kita kuat okay. Takde satu pun perkara atas muka bumi ni terjadi tanpa izin Dia. Kita buat je part kita, yang lain serahkan ke Dia.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge