Apa nak buat bila masam muka dengan isteri?

cinta-itu-indah

Hubungan antara suami dan isteri ini normal lah kalau ada naik dan turun. Semua orang akan lalui fasa yang sama. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Yang suami duk tuduh isteri perkara yang bukan-bukan. Yang isteri pula susah nak percaya kemana suami keluar setiap kali balik lewat malam.

Kawal perasaan

Ini lah orang kata asam garam dalam kehidupan rumah tangga. Kau mengelak lah macam mana pun tak kan boleh lari juga. Mesti kena rasa nak tengok seberapa kuat boleh tahan,

Kau janganlah cepat melatah pula. First thing first, kau kena bertenang dulu. Jangan buat apa-apa keputusan. Tak buat apa-apa lagi bagus sebenarnya.

Cari cara penyelesaian masalah

Once kau nampak sesuatu dalam keadaan yang kau tengah tak stabil, kau akan bertindak dengan perasaan tak rasional. Pemikiran kau tak boleh berhubung dengan baik.

Masa itu kau senang dipengaruhi oleh perasaan negatif. Bahaya bila kau sendiri tak boleh kawal perasaan. Takut lagi memburukkan keadaan yang dah memang tengah goyang.

Keluar daripada punca penyebab

Dalam masa yang sama, andai kata keadaan makin susah, cepat-cepat berjumpa dengan orang yang lebih pakar. Ada ramai pakar kaunseling yang boleh kita dapatkan khidmat nasihat.

Minta pendapat macam mana nak selesaikan masalah kau tu dengan dorang. Jangan biarkan dah bernanah baru nak pergi jumpa. Masa tu mungkin nasi dah jadi bubur.

Semuanya atas kekuarangan diri sendiri

Dan yang paling penting sekali kau kena sentiasa minta pertolongan daripad Yang Maha Esa. Kau kena ingat, setiap apa yang kau buat atas dunia untuk semuanya bakal dipersoal.

Sama ada kau yakin dengan kesalahan sendiri dan kemudian kau belajar. Atau pun kau teruskan dalam kehidupan negatif yang kau sendiri mahu. Keputusan semua atas tangan kau.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge