Apa nak buat bila sales tak banyak?

growth-mindset

Aku tau mesti ada yang tengah struggle sekarang ni. Dah tak tahu dari mana lagi nak dapatkan sales yang banyak. Apa cara lagi yang tak buat. Ni daripada pagi dah keluar rumah sampai ke pagi pula baru balik.

Hari gelap pagi dah keluar rumah, balik hari dah malam pula. Apa ni kata bila berniaga kita lagi banyak masa dengan diri sendiri? Tapi ni dah macam terbalik dah pula. Langsung takde masa nak duduk rumah.

Sabar bawa bertenang. Kalau kita tak sabar, nanti Tuhan marah. Kan sabar tu sebahagian daripada iman kan? First sekali bila kita niaga ni, kita kena tau apa yang kita nak buat hari ni. Tak boleh ikut bedal, nak ikut orang je.

Setiap benda kita kena plan. Dalam kita plan tu, kita kena study lah cara kerja yang kita nak buat tu. Daripada pukul berapa nak mula bekerja sampai pukul berapa kita nak stop buat kerja. Kita kena design jadual kita sendiri.

sentiasa ada pemikiran untuk berkembang

Tak boleh kita nak buat sana sikit, sini sikit. Dia tak jadi macam tu. Semua benda nak buat dalam satu masa yang sama. Ingat tak penat ke ketuk-ketuk pintu rumah orang? Silap hari bulan kena kejar dengan parang. Tak ke naya?

Leader tak bagitau pun suruh buat apa. Yang dia bagitau kau pergi je. Kau pergi je. Nanti sampai sana tahu lah kau apa nak buat. Kita ni pun duk garu pening kepala. Sebab tu sebelum nak buat aktiviti, kena planning, kena visualise macam mana suasana masa buat aktiviti tu nanti.

Apa yang nak kena standby, apa yang nak kena hadap. Macam mana nak bina hubungan dengan bakal pelanggan, takkan nak terus bagi promo je ye dak? Sekali customer sound, kau balik lah dengan promo kau tu. Ah sudah jammed teruih kepala.

Ni leader suruh pergi tapi leader sendiri tak pernah buat. Acano tu nak ajar team member buat aktiviti bagai? Leader sendiri tak pernah buat. Sebab tu sebagai seorang leader yang baik kita kena tunjukkan cara macam mana nak buat tu. Kalau kata kena pergi sesama dengan team, ikut lah team kita. Bukan orang lain pun.

jana idea dan rebut peluang di setiap ruang

Kedua, cara nak improve kan sales, kita kena duduk dalam circle yang buat sales. Kita sendiri yang pilih. Kalau nak sales sendu je, pergi lah duduk dengan kengkawan yang sendu juga. Sesama lah korang berhuhuhu bila takde sales. Nak dapatkan sales yang banyak cari lah circle yang tengah banyak buat sales.

Tapi ingat, kita yang nak masuk dalam circle tu, bukan dorang yang masuk dalam circle kita, so belajar lah beradab. Jangan disebabkan kita nak berkawan dengan top sales, sampaikan kita lupa adab nak menuntut ilmu tu. Pergilah cari dorang, kat mana dorang selalu lepak. Ajak dan belanja lah dorang makan.

Daripada situ nanti barulah orang top ni akan selesa dengan kita. Masa tu dia pun happy nak tolong kita. Bila dia dah tolong, dah bagi idea, janganlah nak argue pula apa yang dia ajar. Dahlah argue, lepas tu langsung taknak buat. Padahal kita ni yang nak belajar tapi nak melawan pula. Eh! Ape hal?

Dan yang ketiga mestilah kena back to basic balik. Kita kena ingat kita nak buat sales ni dengan manusia. Jadi layan lah semua enquire, semua prospek kita ni macam manusia. Jangan anggap dorang ni macam robot, kita duk tempek pamplet iklan je hari-hari. Apa hal pergi spam dorang?

konsep bina hubungan

Cubalah tukar nia berniaga tu bukan setakat nak dapatkan duit semata-mata. Tapi niat untuk tolong orang tu selesaikan masalah dia. Ambil berat masalah customer. Andai kata kita caring dengan dia, layan baik-baik dengan dia, layan karenah customer walaupun kadang macam annoying kita rasa, insha ALLAH dia mesti cair nak dapatkan servis kita.

Masa tu dia dah tak rasa dah yang kita ni macam nak menjual ke dia. Tapi dia akan rasa yang kita ni betul-betul nak tolong dia. Barulah kita dapat sales yang genuine dan hubungan antara kita dengan customer tu akan berkekalan sampai akhir hayat. Cewahh dah macam pasangan bercinta dah tapi macam tu lah sebetulnya. Stop! Jangan lah pula ambil kesempatan bila customer dah percayakan kita ea!

Macam tu lah serba sikit yang aku boleh ceritakan daripada pengalaman aku sendiri dah meniaga dekat 12 tahun ni. Aku doakan tips aku kali ni boleh tolong korang untuk boostkan lagi sales korang lepas ni. Tak kisah lah korang jual produk apa pun.

Andai kata ada yang perlukan khidmat nasihat, dah buntu tak jumpa jalan macam mana nak buat dengan bisnes korang yang sedia ada sekarang, ataupun nak cuba buat jualan dalam bidang sales yang baru, nak cuba suasana baru pula, boleh je contact aku kat whatsapp ini.

Insha ALLAH aku bantu korang macam mana nak berniaga dan boleh menjual tanpa kita perlu menjual. Maksudnya jualan tu berlaku tanpa customer sedar yang kita tengah nak menjual ke dia.

Interesting kan? Aku tau macam mana nak buat. Roger je.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge