APA NAK BUAT KALAU ISTERI MARAH

tenangkan-diri

Aku tahu bro. Aku ini pun laki orang juga. Biasa lah itu kalau isteri kau tetiba merajuk dengan kau dan marah tak tentu pasal. Jangan lah kau pun ikut moody pula. Ada lah itu perkara yang tak kena kat dia yang kau dah buat. Tapi kita sebagai suami ini kenalah mengalah.

Kalau kau pun dua kali lima sama marah, sampai ke sudah lah tak selesai-selesai masalah korang nanti. Tak selesai satu hal, takut jadi bertambah teruk itu lagi bahaya. Apa-apa pun chill je dan jangan cepat melantun. Kena pandai handle situasi okay.

BERHENTI ! JANGAN TERUSKAN APA-APA

Biasanya kalau isteri marah, aku akan berhenti serta merta buat perkara yang aku tengah buat waktu itu. Contohnya kalau dia marah sebabkan percakapan aku, cepat-cepat aku terus diam takde suara. Aku takkan bercakap lagi sampai lah aku perasan air muka dia dah okay balik.

Jangan teruskan lagi percakapan yang buat kan dia marah. Kalau kau teruskan alamat dia memang cari nahas lagi lah dan silap-silap gunung berapi boleh meletup. Waktu macam ini kau kena kawal apa benda yang kau nak cakap. Nak taknak kau kena tahan sebab apa sahaja perkataan yang keluar waktu kita tengah marah memang tak bagus biasanya.

BERI RUANG UNTUK TENANGKAN DIRI

Lepastu kalau korang berdua tengah berdiri, cepat-cepat kau tarik tangan isteri kau dan suruh dia duduk tapi kalau dia tarik tangan balik taknak bagi kerjasama kau jangan lah paksa pula. Maknanya hati dia betul-betul tengah terguris masa itu. Salah seorang kena beralih sekejap. Kalau dalam bilik keluar pergi ruang tamu sementara.

Biar suasana tegang yang tengah berlaku antara korang berdua tak bertambah panas lagi. Biasanya kalau ada yang beralih automatik akan jadi cool down sedikit. Lepas itu kau kena jeling-jeling lah dia agak dia macam masih moody lagi, jangan lak tetiba nak cakap yang kau dah okay balik sedangkan dia masih marah lagi. Bagi masa kat dia okay.

KELUAR TAK BERMAKNA LARI

Kalau dah takde cara lain lagi, kau kena lah keluar daripada rumah sekejap. Mungkin masa itu dia memang tengah menyampah gila tengok muka kau. Keluar rumah ini bukannya bermakna kau lari daripada masalah tau tapi sebenarnya kau tengah cuba nak bagi ruang untuk dia tenangkan diri lepas apa saja kejadian yang tengah berlaku.

Pergilah lepak kat depan pintu rumah ke, atau kau pergi la jalan-jalan kat kawasan sekitar perumahan tempat kau tinggal itu. Kau ukur lah seberapa panjang jalan yang kau nak ukur. Siapa suruh kau buat dia marah kan? Hihi. Mungkin dengan cara macam itu boleh redakan amarah dia.

INGAT KALI PERTAMA JUMPA

Apa-apa pun kalau boleh janganlah biarkan perselisihan faham antara korang itu lama sangat ye. Lagipun masing-masing kan dah dewasa dan tau mana baik dan mana yang buruk. Adat lah kalau ada yang tak ngam itu. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri ye dak?

Ingat balik masa-masa korang tengah bahagia bercinta. Ingat balik waktu korang pertama kali jumpa dulu kan. Biasanya lepas bergaduh ini, hubungan cinta antara korang akan jadi lagi kuat dan lagi erat. Lepas dah baik balik nanti, masakkan lah dia sesuatu yang boleh dia makan. Tak pandai takpe asalkan kau masak dengan penuh kasih sayang, maggi kosong pun boleh jadi sedap tau. Hihi..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge