Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila tau yang dia buat macam tu sebab putus cinta.
Whattt? Baru tingkatan 1 dan bercinta pun dengan gadis sebaya. Memang di luar jangkaan saya. Zaman saya sekolah dulu, masa tingkatan 1 ni memang tengah seronok sepak botol jadikan bola dengan kawan-kawan.
PUNCA BERLAKU
Pendapat saya sendiri sebenarnya punca kejadian ni terjadi disebabkan pendedahan kanak-kanak yang semakin mudah mendapat akses dan bebas keluar rumah. Biasanya mereka menjadikan alasan kelas tambahan untuk keluar bersama.
Zaman sekarang kebanyakan kanak-kanak sudah memiliki telefon bimbit sendiri. Ibu bapa pula kadang kala kurang pemantauan dengan anak-anak disebabkan sibuk bekerja dan jarang pulang ke rumah atau balik lewat malam.
Anak-anak menjadi bebas dan kerap berjumpa dengan pasangan berlainan jantina. Menjerumus mereka dengan alam percintaan di usia muda sedangkan umur mereka sepatutnya dihabiskan dengan menumpu sepenuh perhatian kepada pelajaran.
SOLUSI
Saranan saya semuanya kenalah berbalik kepada Islam. Ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan ilmu agama semenjak dari usia muda lagi. Dengan didikan agama sahajalah yang akan membuatkan mereka lebih takut untuk melanggar perintah Allah SWT.
Penyelesaian lain, ketua keluarga harus memainkan peranan sebagai pemimpin sebaiknya dengan sering mengadakan aktiviti bersama keluarga. Bawalah anak-anak bercuti apabila punya masa terluang supaya anak-anak lebih berasa dihargai dan gembira apabila berada disamping keluarga tercinta.
Artikel menarik untuk anda:
IBU, IBU SABAR TAU
Ibu, kenapa semua kawan-kawan taknak main dengan adik. Masa dekat sekolah waktu bermain, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan mereka saja. Tak ajak…... Baca selanjutnya »
ANAK DERITA IBU BAPA SENGSARA
Leah seorang suri rumah sepenuh masa. Segala kerja-kerja di rumah Leah lah yang akan selesaikan semuanya. Kerja mencuci pakaian, membersihkan rumah dan…... Baca selanjutnya »
ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN
11 tahun yang lepas, aku sendiri yang menjual pakaian suit terpakai ini. Waktu itu umur baru 18 tahun. Tahun 2008 lepas habis…... Baca selanjutnya »
RAHSIA PERAP AYAM JADI LEBIH PADU !
Bila ada masa terluang dengan kawan-kawan, aku akan ajak dorang lepak. Kadang-kadang pergi tengok wayang, pergi makan, main bowling dan macam-macam lagilah….... Baca selanjutnya »
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions