APALAH SUSAH SANGAT

Masa-sibuk

Alamak. Habislah aku kali ini. Masuk hari ini, dah berapa kali dah aku terlajak bangun pagi. Bila dah terlambat bangun, memang huru hara jadinya dunia. Macam nak terbalik dah rumah. Waktu ni lah cari baju tak jumpa, kasut hilang, bag entah kemana.

Sudahnya, mesti aku lambat ke tempat kerja. Malapetaka besar kalau kau tak sempat datang cap jari tepat pada masanya. Jenis yang biasa telinga dia tahan kena marah, memang rileks lah. Tapi kalau siapa yang pengurus dia sama macam dekat hotel tempat aku kerja ni, memang bernanah telinga.

SIAPA SURUH

Padan la muka aku. Nak sangat kan main game Pabji sampai lewat malam. Selagi tak dapat ranking nombor 1, jangan harap lah telefon tu boleh berehat dengan tenang. Walaupun bateri dah nazak, aku tetap sumbat dengan pengecas telefon tanpa wayar yang baru aku beli.

Bila dah asyik kalah je, mula lah sambung tengok televisyen dan layan Mahakaryalawak Mega yang dah berapa kali di ulang tayang. Entah apa yang aku suka sangat tengok rancangan ini. Bila buka saja mesti tergelak, bila tergelak je mesti tak berhenti. Lepastu bila lawak hambar, sambung balik main game.

DENGAR KATA

Aku dapat surat amaran terakhir. Lagi sekali aku datang lambat, confirm boss akan buang aku dari hotel ini. Apa aku nak buat ni? Aku jumpa dengan cik tunang beritahu dia tentang surat yang aku terima. Cik tunang pun terkejut sebab tak sangka yang aku memang ada masalah disiplin yang teruk.

Cik tunang pun menasihati aku agar setiap kali bila jam tepat pukul 10 malam, terus tinggalkan semua gajet dan peranti. Lepas tu terus pergi berus gigi, mandi dan baca surah al-Mulk dengan doa tidur. Jadikan rutin setiap hari dan tetapkan tepat pukul 10 baru buat. Jangan cepat ataupun lambat.

Cik tunang kata, amalam ni akan membantu otak kita supaya mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.

AWALNYA

Alhamdulillah aku amalkan selama 2 minggu dan mula menampakkan hasil yang sangat luar biasa. Kini aku dah terbiasa tidur awal dan tak lagi dibelenggu dengan segala macam permainan, gajet ataupun ranvangan televisyen yang melalaikan. Malah aku berjaya solat subuh secara berjemaah di surau depan rumah.

Aku gembira dengan perubahan yang aku alami kini. Bos pula semakin hari semakin sayang dan mula menaruh perasaan kepada ku kerana aku antara pekerja contoh terbaik di hotel. Walaubagaimanapun aku tetap setia dengan cik tunang dan kami akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge