Atasi masalah susah tidur dengan minyak wangi lavender

penting-tidur-yang-tenang

Masalah susah tidur malam ini kadang memang aku sendiri pun alami juga. Yelah, kadang kita ini terlampau banyak fikirkan pasal macam-macam perkara.

Hari yang berat kat tempat kerja, melayan karenah manusia yang lain-lain perangai, tugasan yang menimbun yang kena disiapkan secepat mungkin, semua tu mempengaruhi hidup kita setiap hari.

Bila badan terlampau penat kita bebankan dengan macam-macam masalah yang perlu diselesaikan, dalam masa sama kita tengah buatkan diri kita sendiri dalam keadaan tertekan.

Jangan bawa balik masalah ke rumah

Bila diri berasa berat, emosi akan jadi tak stabil. Otak juga tak boleh mainkan peranan dia dengan baik. Itu yang nak bad mood je kerja. Tau nak marah, nak maki hamun je semua orang.

Sampaikan terbawa-bawa bila balik rumah. Balik dalam keadaan emosi tak stabil ini memang bahayakan ramai orang terutama anak-anak lah yang akan jadi mangsa dulu.

Andai kata dorang ada buat salah sikit je terus kita nak bagi pelempang je seorang-seorang. Kan ke tak bagus bila jadi macam itu. Boleh bahayakan orang lain pula.

Ambil berat dengan diri sendiri

Bila malam, nak tidur pun payah. Ada je yang tak kena. Jangan macam itu. Dalam keadaan apa sekalipun kita kena bertenang. Kalau kita tak boleh kawal perasaan memang bahaya.

Ambil masa sekejap, bersendirian dalam bilik air sambil mandi air panas. Relaks tarik nafas dalam-dalam. Anggap apa yang jadi hari ini dah pun terjadi. Jangan difikirkan lagi dah.

Apa yang penting, perancangan yang perlu dibuat untuk nak hadap hari esok. Itu lagi utama yang nak kena difikirkan. Selesai mandi, sembur lah minyak wangi yang paling kita suka sekali kat badan.

Aroma lavender yang menenangkan

Kalau ada minyak wangi yang berasaskan bunga lavender lagi bagus. Lepas itu spray kan sikit dekat bantal kita tu. Biar diri kita dipengaruhi dengan bau-bauan yang menenangkan.

Insha Allah sifat semula jadi minyak wangi tu sendiri sebenarnya untuk nak bagi ketenangan dekat tuan yang memakainya. Jangan percaya dulu, buat je.

Aku harap tidur korang malam ini lebih tenang, aman dan tenteram. Maafkan semua orang sebelum tidur. Niatkan dalam hati, esok adalah permulaan yang baru untuk perjalanan hidup yang lebih baik.

Semoga dipermudahkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge