AYAH JANGAN MENYERAH YA

Bayi

Seronoknya rasa telah dilahirkan ke dunia. Sudah 2 bulan aku berada di atas muka bumi bertuah ni. Hazra Emniko nama yang diberikan kepadaku. Comel sungguh nama yang ibu bapa ku beri, sama comel macam aku juga.

Walaupun sudah di dunia, rindu pula waktu-waktu di dalam perut ibu. Degupan jantung ibu ibarat muzik yang mendodoikan tidur ku setiap hari. Ada kala degupannya laju dan mendebarkan aku, ada kala degupannya tenang mendamaikan.

DIBERHENTIKAN KERJA

Aku gembira merenung kedua orang tua ku. Terpancar wajah kegembiraan mereka bila melihatku. Namun aku perasan wajah kegelisahan di raut muka ayah. Aku dapat rasakan sesuatu yang sedang bermain di fikirannya.

Rupa-rupanya ayahku baru diberhentikan kerja. Aku terdengar perbualan antara ibu dan ayah mengatakan syarikat tempat ayah bekerja sedang menanggung kerugian dan mereka mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja.

PELUANG HADIR TAK DIDUGA

Ayah pening memikirkan bagaimana nasib kami sekeluarga sedangkan aku baru saja lahir. Tentu banyak kewangan yang diperlukan lebih-lebih lagi aku terkena penyakit kuning. Banyak kos yang dihabiskan untuk membawa aku mendapatkan rawatan berkala.

Mujur satu hari aku terlihat kawan ayah datang ke rumah dan menawarkan peluang perniagaan kepadanya. Kawan ayahku memiliki perniagaan goreng pisang cheese dan mengajak ayah untuk menjadi salah seorang rakan kongsinya.

PERNIAGAAN ITU IBADAH

Alhamdulillah syukur selepas beberapa bulan, perniagaan ayah bertambah maju. Aku melihat wajah ayah kembali ceria dan muka nya berseri-seri. Aku suka melihat wajah ayah dan ibu apabila mereka ceria dan aku juga sedih jika mereka sedih.

Kini aku tahu, perniagaan merupakan salah satu punca rezeki yang boleh menjana pendapatan yang lumayan. Walaupun tidak bekerja makan gaji lagi, tetapi peluang perniagaan itu sememangnya terbentang luas untuk ayah teroka.

Apa yang penting, jangan pernah mengalah dengan setiap ujian. Hadapi dengan tenang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge