Sepanjang perjalanan di lebuh raya menuju ke selatan tanah air, apabila berhenti di hentian rehat, aku akan tidur sebentar bagi melepaskan lelah memandu kenderaan bersendirian. Aku pastikan supaya mendapat tenaga yang mencukupi bagi meneruskan langkah.
Aku tahu, tanpa rehat, pasti akan membuatkan aku hilang fokus pada pemanduan. Hujan turun dengan begitu lebat sehingga mengaburi pandangan di jalan raya. Tak terasa air mataku mula mengalir. Aku masih dihantui rasa bersalah terhadap anak-anak.
KEDUKAAN
Kesedihan yang terpancar di wajah mereka tadi semasa aku beredar dari depan pintu rumah masih terbayang-bayang di dalam lobus frontalis ku. Masakan tidak, hari ini sepatutnya adalah hari di mana aku sepatutnya membawa mereka pergi ke Safari Lagoon yang telah lama mereka nanti-nantikan.
Janji yang telah dibuat pada awal tahun tempoh hari terpaksa ditangguhkan buat kali ketiganya. Meronta-ronta mereka minta dilepaskan daripada pelukan isteriku yang terpaksa menenangkan keadaan. Habis semua permainan yang ada di dalam rumah disepahkan. Aku tahu mereka sangat kecewa.
TAK SEINDAH
Namun aku sudah tiada daya. Mahu atau tidak, aku harus juga pergi bagi menunaikan tanggung jawab dan tuntutan kerja ku sebagai seorang wartawan akhbar terkemuka di negara. Bukan senang sebenarnya berada di dalam dunia kewartawanan ini. Banyak masa bersama keluarga yang harus dikorbankan tidak kira sama ada hari bekerja atau pada hari cuti.
Mungkin kebanyakan akan menyangka tugas seperti ku ini sangat bertuah kerana berada di dalam dunia yang glamor. Hakikatnya, pengalaman dihalau, dimarahi, dimaki atau berdepan dengan situasi genting di lokasi jenayah sangat menduga kesabaran. Aku harus bekerja siang dan malam mencari berita sensasi setiap hari dan setiap masa.
PELUANG TERBUKA
Aku memang sukar untuk mendapat cuti pada hujung minggu atau cuti umum. Telefon bimbit ku sendiri tidak berhenti berdering setiap hari. Ada saja tugasan yang harus diselesaikan. Sabar lah duhai anak-anak ayah. Mungkin ini adalah sementara sahaja buat keluarga kita. Ayah akan usahakan yang terbaik demi keluarga kita.
Jika ada peluang pekerjaan yang membolehkan ayah bersama kalian setiap hari setiap masa, tentu ayah tidak sekali-kali melepaskannya. Bagi ayah, punya wang ringgit yang banyak itu memang sentiasa dikejarkan, namun apa yang lebih penting, masa yang berkualiti bersama kalian itu tidak ternilai walau seluas dunia emas itu ditawarkan.
PASTI TIBA
Anak-anak aku, meski aku tidak dapat melihat kalian membesar di depan mata kerana kesibukan kerja, ketahuilah bahawasanya setiap yang aku lakukan sewaktu berada di luar rumah adalah demi kehidupan kalian yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak pernah walau sekali pun aku menilai demi kepentingan ku sendiri.
Andai waktu bisa diputarkan, pastinya aku merindukan saat di mana pertama kali kita bertentang mata. Saat kamu dilahirkan kedunia, waktu itu aku mula sedar bahawasanya hidup dan matiku hanyalah untuk kalian anak-anak ku. Membesar lah dengan aman, kebajikan kalian tidak akan pernah sekali aku abaikan. Kelak jadilah orang yang berguna kepada agama dan keluarga.
Artikel menarik untuk anda:
AYAH JANGAN MENYERAH YA
Seronoknya rasa telah dilahirkan ke dunia. Sudah 2 bulan aku berada di atas muka bumi bertuah ni. Hazra Emniko nama yang diberikan…... Baca selanjutnya »
BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG
Anak-anak babah, janganlah sekali-kali kalian mendekatkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan. Nikmat kesihatan yang telah Allah berikan itu sebenarnya…... Baca selanjutnya »
LUANGKAN SEDIKIT WAKTU
Hari sabtu merupakan hari yang paling dinantikan anak-anak. Tentu sahaja mereka akan seronok dan gembira kerana mereka dibawa berjalan-jalan ke sekitar ibu…... Baca selanjutnya »
DEMI MASA
Ayahku bekerja sebagai seorang eksekutif korporat di salah sebuah syarikat gergasi di ibu kota manakala ibuku pula bekerja sebagai juruterbang di syarikat…... Baca selanjutnya »
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions