Aku belek satu persatu barang-barang yang ada di dalam kedai permainan itu. Semuanya sangat cantik, canggih dan tentunya model terbaru yang sedang meletup-letup di pasaran. Berkerumun semua manusia memilih dan membeli mengikut citarasa masing-masing. Macam nak runtuh kedai dibuatnya.
Ada yang beli permainan yang menggunakan sel kering, ada yang dimainkan dengan alat kawalan jauh dan ada juga yang membeli mainan jenis yang biasa sahaja. Seronok aku melihat gelagat mereka berebut-rebut mendapatkan permainan edisi terhad kerana jika sudah habis dijual maka permainan tersebut tidak akan dikeluarkan lagi dan boleh dianggap beruntung siapa yang berjaya memilikinya.
KEWANGAN RAPUH
Aku selak helaian not ringgit yang ada di dalam dompet tetapi hampa. Hajat untuk membeli satu permainan yang sangat diidam-idamkan oleh anakku nampak seperti tidak kesampaian lagi. Duit ku sudah habis dibelanjakan membayar bil-bil dan hutang-hutang yang tertunggak. Hari masih awal bulan tapi poket ku sudah kering.
Pendapatanku sebagai seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera hanya lah cukup-cukup makan sahaja. Aku sering kesempitan wang disebabkan oleh kos sara hidup kini yang melambung tinggi dan sangat menekan. Aku terpaksa catu perbelanjaan harian yang penting setiap hari supaya duit ku cukup-cukup sampai lah aku dapat gaji pula pada bulan berikutnya.
BUKAN NIATKU
Anakku yang berusia 10 tahun menyambut kepulanganku dan melompat keriangan mengharapkan yang aku membuat kejutan dengan membawa permainan yang menjadi idamannya. Namun bila aku katakan yang aku tidak dapat membeli permainannya lagi, langsung dia memalingkan muka dan berlari pergi meninggalkan aku. Terlihat kekecewaan di raut wajahnya.
Aduh, sungguh aku tak sanggup melihat anakku dalam keadaan begitu. Aku cuba memujuknya supaya jangan bersedih dan berkecil hati. Lalu dengan nada yang sangat marah dia menjawab pujukan ku dengan berkata “Babah ni kan, janji macam mana. Kata nak belikan abang mainan ‘remote control’ tu. Duit banyak tapi taknak belikan untuk anak sendiri. Babah suka tipu abang macam ni. Babah memang tak sayangkan abang. Abang benci babah,”
HATI SEORANG BAPA
Allahu. Remuknya hatiku bila seorang anak berkata-kata sebegitu kepada seorang ayah. Aku rasakan seperti aku adalah ayah yang paling malang sekali di dunia. Aku tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan sedih yang menyelubungi dan menusuk kedalam sanubari. Apakah aku tidak berusaha keras untuk keluarga sedangkan setiap hari aku keluar bekerja demi kesenangan dan keperluan keluargaku.
Seluruh jiwa raga telah kuserahkan demi membahagiakan keluargaku. Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Jika ada peluang kerjaya yang lebih baik diluar sana yang boleh meningkatkan lagi taraf hidup dan pendapatan ku, tentu sekali aku akan mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.
MANUSIA SENTIASA DIDUGA
Anakku, aku ingin kau tahu yang aku sentiasa menyayangimu. Aku akan berusaha dengan lebih keras demi untuk kebahagiaan keluarga kita. Bila kau sudah besar nanti dan kau tiba-tiba merasakan seolah-olah dunia ini tidak adil, yakinlah bahawasanya Tuhan sedang mengujimu. Dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan.
Apa yang kau lalui nanti, babah juga sudah merasainya terlebih dahulu. Banyakkan bersabar dan berserah diri lah bulat-bulat kepada Allah Yang Maha Esa. Tetapkan lah pendirian dan jangan pernah sekali-kali meninggalkan amanah kita sebagai makhluk yang ditugaskan bagi memimpin manusia ke jalan yang diredhai Nya.
Artikel menarik untuk anda:
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Isteri dan anak-anak akan pulang ke kampung halaman di Sandakan Sabah bagi menyambut lebaran di sana….... Baca selanjutnya »
MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA
Acap kali soalan ini di tanyakan kepada diri. Kau tak rasa susah ke bila buat jualan? Bukan ke kalau kita berniaga ini,…... Baca selanjutnya »
SEANDAINYA MEREKA TAHU
Biasalah kadang orang luar sukar sebenarnya nak memahami apa yang sedang kita lalui sekarang ini. Mungkin bagi pandangan mata mereka, sebenarnya sesuatu…... Baca selanjutnya »
SAYA TAHU AWAK PENAT
Aku genggam erat tangan isteri yang sedang tidur. Kesian aku melihat wajah beliau yang penat bekerja siang dan malam membantu ku mencari…... Baca selanjutnya »
KAMI TUNGGU ABANG PULANG
Coklat panas itu aku hirup perlahan-lahan. Nyaman sungguh udara terasa apabila hujan turun membasahi bumi. Pemandangan tasik yang sungguh indah dari balkoni…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions