Dulu ada seorang budak lelaki. Dia ini memang tak suka pakai minyak wangi. Tak tahulah kenapa. Bila tanya kat dia, takde alasan yang dia bagi tu yang boleh dianggap munasabah. Orang kata setakat bagi alasan main-main.
Masalahnya kalau dia tak pakai minyak wangi tu tak menggangu orang lain takpe. Tapi disebabkan dia ada masalah bau badan yang agak ketara tahap teruk lah juga, buatkan orang sekeliling dia nak dekat pun jadi susah.
Pantang ditegur, tak faham bahasa
Bila orang tegur, tak pasal-pasal kena marah balik dengan dia. Orang lain dah pesan banyak kali dah supaya dia pakai minyak wangi, tapi tetap taknak juga. Dia kata dia sendiri tak pernah tercium bau badan dia busuk pun. Dia rasa okay je.
Memang lah. Bau badan kita sendiri memang susah kita nak bau balik. Tapi orang sebelah boleh perasan yang badan kita ada keluarkan bau tak best. Kalau dah sampai kena tegur tu, memang dah tahap kritikal lah tu. Sampai orang lain dah tak senang duduk.
Bukannya nak kena beli sampai mahal-mahal
Yang peliknya awek dia still lagi nak bersama dengan dia. Pada mulanya lah. Ingatkan sampai bila-bila dia boleh bertahan. Rupanya awek dia pun dah tak tau cara macam mana lagi nak tegur dia. Alasan yang dibagi takde duit. Apa ke benda lah berkira sangat.
Minyak wangi tu kalau beli kat pasar malam 10 ringgit pun ada yang murah-murah. Tak semestinya kena beli yang mahal-mahal. Memang lah ketahanan dia tak sama tapi boleh je nak bawa ke mana-mana minyak wangi. Agak dah tak wangi spray je lah lagi.
Jangan suka nak ambil mudah benda yang tak mudah
Daripada biarkan badan tu bau dah macam orang tak mandi dah. Tapi kan, kalau dah degil tak dengar cakap tu degil juga. Tak boleh dibawa bincang. Dah tabiat terbiasa macam tu. Lagi ditegur lagi dia buat-buat tak reti juga.
Last-last tak boleh tahan, awek dia pun lari tinggalkan dia. Waktu ini lah baru dia sedar yang selama ini dah banyak buat silap dan ambil mudah. Mungkin awek dia tu pun fikir selagi tak buat macam ini dia takkan sedar diri. Macam mana nak hidup dengan suami macam tu nanti.
Menyesal pun dah takde guna
Menyesal pun tak guna tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur. Nak meratap merayu minta awek dia datang balik pun tak guna kalau dia tak ambil tindakan untuk nak ubah. Takde orang yang boleh tolong kalau sendiri tak tolong diri sendiri.
Apa pun jadi pengajaran supaya jangan ambil mudah dengan teguran orang sekeliling. Orang dah tegur tu faham-faham sendiri lah. Jangan sampai kawan pun tinggalkan kita, masa tu lagi lah tak best. Waktu itu kalau nak pujuk balik kena ada cara lah.
Kena beli minyak wangi untuk diri sendiri dan minyak wangi kawan-kawan sekali. Haha.
Artikel menarik untuk anda:
Tips cara simpan minyak wangi di rumah
Aku sekarang ini tengah plan nak beli 1 minyak wangi setiap bulan. Aku memang suka bau minyak wangi sebab tu aku rasa…... Baca selanjutnya »
Minyak wangi misteri dalam novel cinta
Dulu masa sekolah rendah aku suka baca novel cinta. Walaupun masih budak-budak tapi aku tak tau kenapa aku minat sangat bila dapat…... Baca selanjutnya »
Pesanan kekasih kepada kekasih
awak, cantikkan bulan tu. saya suka sangat bila tengok bulan lama-lama. kalau bulan penuh lagi lah saya suka. rasa tenang dan aman…... Baca selanjutnya »
Hubungan terlarang kekasih gelap
Awak, saya rasa kita kena stop lah percintaan kita ini. Saya dah tak boleh nak sorokkan lagi daripada isteri saya. Setiap kali…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa perempuan suka lelaki wangi
Masa aku tengah mandi petang tadi, tiba-tiba ada soalan keluar dalam kepala aku. Entah kenapa aku terfikir, kenapa perempuan suka lelaki yang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions