Bagaimana minyak wangi boleh mempengaruhi pemikiran seseorang

keyakinan-diri-yang-tinggi

Kali ni aku nak kongsikan apa sebenarnya kesan yang kita akan rasa bila kita setiap hari keluar rumah pakai minyak wangi. Ada sesetengah orang suka ambil sambil lewa je.

Percayalah, memang beza bila kita keluar rumah pakai minyak wangi dengan tak pakai ini. Ini aku kongsikan daripada pengalaman aku sendiri.

Berjalan dengan lebih yakin

Pertama yang aku rasa, bila berjalan keluar rumah dengan pakai minyak wangi ini kita boleh rasa keyakinan diri kita kat tahap yang tinggi. Tak sama feel dia tu bila tak pakai.

Kita akan rasa lebih yakin nak berdiri dekat dengan orang. Takdelah rasa segan-segan dan duduk jauh supaya orang lain tak tercium bau badan yang tak best tu.

Penampilan diri lebih kemas

Keduanya kita akan lebih menjaga tahap kebersihan diri kita sendiri. Aku percaya orang yang pakai minyak wangi sebelum keluar rumah ni dia akan utamakan apa yang utama dulu.

Kalau kata dia jenis malas basuh baju, dia akan pastikan baju tu basuh dulu dan baru spray kan minyak wangi. Percayalah kalau baju tak basuh, spray kan lagi minyak wangi, lagi lah tambah pelik bau dia.

Berani menyahut cabaran

Yang paling penting sekali bila sebelum keluar rumah dah pakai minyak wangi siap-siap ini, kita akan lebih bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran yang datang haritu.

Tak kisah lah cabaran macam mana dan dari mana sekalipun, kita akan sentiasa tenang untuk menerima. Ketenangan ni tak boleh nak di beli kat mana-mana. Yang mengalami je akan rasa.

Boleh cuba dan rasakan sendiri

So kalau ada yang rasa pemakaian minyak wangi ini sekadar acah-acah best je, lebih baik fikirkan balik. Apa yang aku bagitau ini apa yang aku alami sendiri. Bukan reka-reka.

Sebab aku sebelum ini memang ada masalah malas nak pakai minyak wangi. Tapi aku dapat rasa perbezaan itu bila dah pakai. Terpulang untuk sesiapa nak percaya.

Kalau kata aku tipu, cuba tanya awek kat sebelah tu. Haha. Salam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge