Bangkit!

motivational-fists-quote-wallpaper-preview

Takde orang yang suka gagal. Semua orang taknak gagal. Tapi kenapa ada juga kegagalan yang jadi dalam hidup? Kenapa suka sangat biarkan diri berada dalam kegagalan.

Jujur cakap. Aku kecewa dengan apa yang aku dah buat. Aku tak puas hati langsung dengan pencapaian aku setakat ni. Jujur cakap aku tak suka kenapa aku pilih untuk gagal.

Sedangkan aku ada peluang untuk betulkan apa yang tak betul, aku ada peluang untuk betulkan semua kesilapan. Tapi kenapa aku pilih untuk gagal juga kali ni. Kenapa? Kenapa?

Aku marah dengan diri aku sendiri. Aku kecewa. Aku dah tak tau nak buat apa. Aku dah tak tau apa yang aku nak kena buat. Aku buntu, aku perlukan kekuatan untuk aku bangkit.

Arghhhhh serabut. Aku serabut. Nak taknak aku kena keluar jugak daripada masalah yang aku tengah hadap sekarang. Aku tak boleh pilih untuk nak menyerah kalah. Aku taknak give up.

Sebab aku tau setiap masalah tu ada jalan penyelesaian. Ramai orang yang berjaya sekarang ni semuanya pernah lalui zaman susah, zaman gagal, zaman kejatuhan. Aku ada peluang.

Aku masih ada peluang. Aku nak berjaya. Aku nak orang ingat aku sebagai seorang yang sentiasa berjuang untuk bangkit daripada kegagalan. Orang yang dah pernah jatuh je tau macam mana nak bangun balik.

Orang yang tak pernah jatuh, dia takkan tau betapa peritnya rasa gagal tu, betapa peritnya nak melawan balik kegagalan tu. Aku pastikan aku akan jadi orang yang berjaya satu hari nanti.

Tak perlu ramai orang kenal aku, tapi setiap orang yang aku touch hidup dorang, aku harap dorang akan sentiasa ingat kat aku. Dan sentiasa doakan kebaikan untuk aku.

Kita hidup kat dunia ni tak lama. Bila-bila, masa kita akan sampai. Yang patut dikejar ialah kejayaan kat negeri yang kekal abadi. Yang tu hidup selama-lamanya.

Ya Allah, Kau berilah kekuatan untuk hamba Mu ni bangkit daripada kegagalan. Dan Kau berilah kekuatan untuk semua jiwa yang sedang berada dalam kesusahan, yang dalam kesulitan.

Kau permudahkanlah yang sulit, Kau berkatilah kehidupan kami di alam sementara ni. Kau tenteramkan jiwa kami yang berada dalam kegusaran. Hanya pada Kau kami pohon perlindungan.

Untuk semua jiwa-jiwa pejuang, ingatlah darah yang mengalir dalam tubuh kita ni darah yang benar. Benar-benar mahu bangkit daripada semua kegagalan yang berlaku dalam hidup.

Jangan risau, kau orang semua tak berseorangan. Aku pun salah seorang daripada kalian semua. Bangkitlah, aku ada. Kita lawan semua cabaran yang datang dalam hidup kita.

Ini semua ujian hidup. Kita kena sentiasa kuat, walaupun realitinya kita tak kuat. Tapi tetap kena lawan. Kuatlah melawan, kental lah. Semoga kita berjaya sampai ke puncak kejayaan.

Sama-sama kita. Bangkit lah geng. Bangkitlah. Bangkitlah!!!!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge