BANGUNLAH DARI TIDUR

saya-ada-dengan-awak

Awak, saya tak tau lah sama ada awak dengar atau pun tak apa yang saya tengah cakap sekarang ini tapi saya berharap awak dapat rasakan yang saya ada dengan awak. Saya tau awak memang seorang yang kuat.

Awak bukan jenis seorang yang senang mengaku kalah. Sejak saya kenal awak, saya tau awak memang kuat luar dan dalam. Awak takkan pernah sekali-sekali putus asa tak kira walau apa yang terjadi sekalipun.

Saya tak tau lah macam mana keadaannya kalau saya yang berada di tempat awak sekarang ini. Rasanya mungkin saya dah kalah dulu sebelum berjuang. Saya tak boleh nak bayangkan betapa sakitnya penderitaan yang awak tanggung hari demi hari.

Saya tak boleh nak imagine langsung entah apa yang berlaku dalam bilik itu sampaikan saya sendiri langsung dorang tak benarkan teman awak dan stay kat sebelah awak.

KENAPA SEMBUNYIKAN

Bila saya dapat tau macam itu, saya boleh rasa mesti ada sesuatu yang sedang berlaku. Saya langsung tak sangka boleh jadi sampai macam ini sekali. Saya ingatkan mula-mula jadi dulu perkara ini takdelah serius sangat.

Awak pula sembunyikan diam-diam taknak bagitau saya. Bila saya tanya, awak kata awak okay, takde apa-apa. Saya cakap mana boleh takde apa-apa, berat badan awak makin kurus. Mata awak makin lebam. Rambut awak semua dah gugur. Gigi awak satu demi satu tertanggal.

Macam itu awak kata takde apa-apa. Saya ajak awak pergi jumpa pakar, awak kata awak takut jarum. Saya cakap jom lah, nanti takut jadi apa-apa lagi teruk. Awak kata taknak menyusahkan saya. Menyusahkan apa saya tanya awak, kalau menyusahkan lebih baik saya tak payah jadi pasangan hidup awak.

Betul tak? Awak berkeras juga tak mau ikut apa yang saya cakap. Bila dah jadi macam ini, saya langsung tak boleh nak cakap apa-apa lagi dah awak. Lidah saya ini dah jadi tebal, sepatah perkataan pun saya rasa tak boleh nak keluar daripada mulut saya.

HILANG PUNCA

Lagi-lagi bila tengok awak dalam keadaan yang macam sekarang ini, lagi lah hati saya rasa tak sedap. Saya langsung tak boleh nak bayangkan apa yang bakal berlaku selepas ini. Dunia ini saya rasakan gelap takde cahaya.

Kepala saya rasa berpusing-pusing melayang entah kemana. Perut saya rasa mual yang teramat sangat sampaikan rasa nak muntah tapi tersekat tak boleh keluar. Jantung saya 24 jam berdegup laju tak berhenti. Takutnya saya awak.

Hari ini genap 3 bulan awak tak sedarkan diri. Saya dah buntu tak tau nak mengadu dekat siapa lagi. Kawan-kawan awak ramai yang datang mendoakan supaya awak cepat sembuh dan sihat macam biasa balik. Semua orang rindukan keletah awak yang suka hiburkan hati orang lain itu.

Awak sentiasa senyum je bila jumpa orang dan tak pernah tunjukkan perasaan susah hati apa lagi nak marah-marah tak tentu pasal. Semua orang rasa seronok je bila dekat dengan awak sebab awak suka bagi kata-kata semangat dan sentiasa positif.

KEMBALILAH

Awak, andai awak dengar sekarang ini luahan hati saya, saya nak awak tau yang saya takkan sekali-kali berputus asa dengan awak. Awak ambillah masa seberapa lama yang awak nak rehat, saya akan setia tunggu awak kat sini tak kira walau apa pun yang terjadi.

Saya nak awak datang balik dekat kitorang dan jadi inspirasi kepada kami semua dalam menempuh sisa baki kehidupan yang tinggal atas muka bumi ini. Andai saya perlu jaga awak sepanjang hidup saya pun takpe. Biar saya uruskan makan pakai awak. Awak tak payah buat apa-apa, awak tak perlu kerja berat-berat macam dulu lagi dah.

Awak, bangun ya awak. Saya sentiasa ada kat sisi awak. Saya tau awak kuat. Awak boleh lawan apa saja perkara yang boleh buat awak lemah. Awak jangan putus harapan ye sebab saya, kawan-kawan dan keluarga tak pernah langsung give up kat sini.

Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan diberikan kesembuhan sama macam dulu balik. Saya nak awak tau perasaan kasih dan sayang saya tak pernah berkurang langsung walau macam mana keadaan awak sekalipun. Come back stronger sayang, love you always…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge