Mungkin kita tak perasan, sebenarnya kat sekeliling kita ini ada ramai kawan yang perlukan bantuan. Ada yang perlukan bantuan makanan, ada yang perlukan bantuan kewangan ada yang perlukan bantuan pekerjaan yang lebih baik selepas dibuang kerja akibat situasi perintah kawalan pergerakan tempoh hari.
Mereka ini berselindung disebalik wajah keceriaan yang kita susah nak perasan. Semua rahsia tersimpan kat dalam hati. Tugas kita andai betul nak tolong kita kena pandai jentik emosi mereka, korek masalah dan punca berlaku supaya mudah untuk kita bantu orang yang memerlukan. Ini sangat penting untuk kita bina hubungan dengan dia.
Situasi ekonomi keluarga yang sangat genting
Aku ada seorang kawan yang sangat terkesan dalam tempoh pkp. Dia tak tahu nak buat apa lagi untuk tambah pendapatan keluarga. Suami menolong orang di kedai burger dengan gaji yang diberikan sebanyak RM20 sehari. Kawan aku ini pula ada menjual produk kosmetik tapi kurang sambutan.
Apa yang lebih memeranjatkan aku bila dia bagitau yang sekarang ini memang bergantung sepenuhnya dengan duit bantuan daripada kerajaan. Jangka masa pendek setakat ini memang boleh menampung untuk membeli beras dan makanan basah. Cuma untuk makan di luar buat sementara waktu, mungkin perlu difikirkan banyak kali.
Takut-takut untuk mulakan perkara baru itu biasa
Aku cuba pelawa kawan aku ini untuk bersama-sama berniaga dengan aku. Kami sebelum ini pernah niaga nasi lemak sama-sama dan dia tahu macam mana susahnya aku sebelum ini. Dia menolak dengan mengatakan yang dia takut untuk mencuba dan tak yakin dengan keupayaan yang ada pada diri sendiri.
Lebih memilih untuk tunggu dan lihat. Dalam masa sama aku cuba bantu dengan memberikan gambaran dan situasi apa yang bakal berlaku selepas habis sepenuhnya tempoh perintah kawalan pergerakan ini nanti. Mungkin dia belum sedar akan akibat yang bakal terjadi jika kita masih tunggu.
Tiada apa yang mustahil jika kita betul-betul nak
Dalam masa terdekat memang susah nak apply kerja. Syarikat di luar sana banyak yang sudah gulung tikar. Mungkin memerlukan masa yang lebih lama lagi untuk memulihkan keadaan dan ekonomi negara. Jadi macam mana mahu bertahan dalam keadaan tiada income yang masuk.
Aku juga cuba bagi gambaran apa yang akan terjadi bila mana dia berani untuk mengambil langkah pertama. Apa yang dia hajatkan sebelum ini insha ALLAH pasti akan termakbul. Nak beli kereta, beli rumah, bercuti ke luar negara dah tentu boleh. Ianya tidak mudah tetapi tidak mustahi. Aku sendiri telah buktikan dengan pembelian rumah pertama pada tahun lepas dan ianya bukan angan-angan kosong.
Semuanya atas keizinan ALLAH SWT
Selepas penerangan yang telah aku berikan, akhirnya dia beranikan diri untuk mencuba. Banyak kali aku bagitau pada dia, bab hasil ini kita tak boleh kawal. Yang kita boleh kawal kat bahagian usaha kita sahaja. Usaha lah gila-gila untuk capai target impian yang memang dimahukan bermula dari sekarang lagi.
Sebagai seorang manusia, dah tentu aku akan berusaha untuk bantu sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan. Apa yang aku terima sekarang ini semuanya atas keizinan ALLAH SWT. Sampai masa tanggungjawab aku pula untuk bantu orang lain yang berada dalam fasa struggle sama seperti yang aku alami dulu.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua amin ya rabb.
Artikel menarik untuk anda:
Support lah sikit bila kawan berniaga
Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa…... Baca selanjutnya »
Bila dalam kesusahan, keluarga sentiasa ada bersama
Mesti ada antara kita adik beradik yang hidup dia boleh kata senang dan selesa berbanding yang lain. Ada pula sesetengahnya berada dalam…... Baca selanjutnya »
3 cara kurangkan habuk dalam rumah
Masalah rumah berhabuk ini memang tak boleh nak elak. Macam aku sendiri yang tinggal kat bandar daripada kecil lagi, memang dah selalu…... Baca selanjutnya »
Pengalaman 12 tahun dalam bidang niaga
Ini aku saja lah nak bagitau. Kalau kau rasa berniaga ini susah, kau jangan risau. Pelik tak bila aku cakap macam ini?…... Baca selanjutnya »
Ujian akan sentiasa ada bersama dalam hidup
Manusia sentiasa diuji dengan macam-macam dugaan. Sama ada bersedia ataupun tak bersedia. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk dan keadaan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions