Bantu tugas isteri di rumah amalan mulia

suami-tolong-isteri

Suami yang baik takkan biarkan isteri dia buat seorang-seorang kerja rumah. Ada yang ingat kerja kat rumah ini senang nak buat. Yelah, tak payah keluar pergi mana-mana.

Tak kena hujan, tak kena panas. Percayalah, apa saja perkara kalau dikerjakan memang tak senang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila kena buat perkara yang sama hari-hari. Mau tercabut pinggang.

bukannya susah pun tolong isteri

Kerja tak pernah sudah

Bayangkan tugas seorang isteri itu mula daripada bangun tidur sampai lah tidur balik. Pagi nak kena siapkan sarapan. Kemas tempat tidur. Kemas bilik. Kemudian mandikan anak.

Bila dah mandikan anak nak kena sapu rumah. Mop semua lantai yang kotor dan basuh pinggan yang penuh kat sinki. Lepas tu kena basuh baju pula. Nak tunggu baju itu siap basuh.

kesian bila isteri buat semua sendiri

Lepas siapkan satu, siapkan yang lain pula

Habis je basuh baju nak kena jemur semua. Dah jemur siapkan makanan tengah hari. Lepas tu nak kena lipat semua baju-baju yang menimbun. Dah lah berlonggok macam bukit, mata pun sakit bila tengok.

Sebelah petang nak kena cuci pula tingkap-tingkap yang dah berhabuk. Kipas semua nak kena cuci. Siling rumah pun sampai dah bersawang. Dah lah tak sampai, guna tangga pun nak kena menjengket lagi.

tak mudah nak uruskan anak-anak kat rumah

Melayan karenah anak-anak

Malam pula nak kena siapkan makan. Kita balik kerja terus duduk minta air minum. Nak kena jerang lagi air. Lepas dah siap makan nak kena basuh pula pinggan kotor. Lap bagi kering dan susun kat dish rack.

Mandikan anak-anak pula, dah lah susah nak disuruh mandi. Sampai bersilat dalam bilik air, dah masuk suruh keluar pula tak mau. Dah terjerit-jerit macam singa panggil budak-budak keluar.

sama-sama tolak ansur kan lebih bagus

Bersyukur ada isteri yang rajin

Bila nak tidur kita pula minta tolong isteri picit. Bila isteri kata penat kita pun merungut. Duduk rumah pun penat ke? Masalahnya isteri tu kerja dia bukannya duduk je siang sampai malam.

Jadi hargailah kerja mereka. Kalau betul malas nak tolong, jangan tambahkan lagi sakit hati mereka dengan tuduh yang bukan-bukan. Cuba satu hari duduk rumah dan buat semua kerja isteri.

Masa itu baru tau langit tinggi ke rendah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge