Bayar hutang bila dah berjanji

Biar-miskin-sebab-bayar-hutang

Bila berjanji kena lah tepati janji itu. Jangan jadi manusia yang suka ambil mudah bila dah berjanji dengan orang. Kesian dengan orang yang kita dah janji itu.

Mungkir janji memang tak gentle la bro. Kredibiliti kau sebagai manusia buat orang pandang rendah. Langsung orang akan hilang respect dengan kau terus.

Jangan buat lupa

Mungkin kita dah berjanji nak bayar balik hutang pada tarikh sekian-sekian. Tapi bila sampai tarikh tu kita tak bayar. Orang tu punya lah mengharap duit dia nak dapat balik.

Rupanya dia pula yang terpaksa menagih duit sendiri. Yang meminjam buat tak reti je. Anggap macam benda itu takde pape. Terpaksa la yang meminjamkan tu tebal muka collect balik.

Kena lebih ambil berat

Kena ada rasa tanggungjawab la sikit bila dah berjanji nak bayar duit orang. Mak aku pernah pesan, biar kita takde duit kat tangan, tapi setiap hari kita ansur bayar hutang orang.

Hidup takkan tenang selagi ada hutang yang belum settle. Paling penting tunaikan janji kau nak bayar bila tu. Jangan dah sampai waktu nak bayar kau tiba-tiba diam.

Mudahkan urusan orang

Kalau betul time nak bayar duit kau memang dah paras, kau bayar je dulu. Jangan banyak fikir. Insha Allah kau mudahkan urusan orang lain, Tuhan mudahkan urusan kau pula.

Jangan suka nak tangguh-tangguh. Tu duit orang. Bukan duit kita. Kan kita sendiri yang dah janji nak bayar tepat masa. Bahaya bila suka mungkir janji. Lepas ini terus bayar, okay.

Boleh ke boleh?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge