BELAJAR ERTI BERSYUKUR

ikea-kungsbacka-kitchen-form-us-with-love-design_dezeen_hero-852x479

Berjalan menelusuri lorong gelap yang berada di hadapanku, buatkan aku berfikir sendiri apakah makna sebagai seorang manusia diatas muka bumi ini. Tujuan manusia diciptakan memanglah menjadi hamba kepada yang Maha Pencipta, tapi ada kala aku sendiri tidak pasti apa yang sedang aku lakukan sekarang.

Adakah aku sudah menjadi seorang hamba yang terbaik, yang sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan rezeki yang telah diberi. Atau mungkin akulah orang itu yang selalu berasa tidak cukup. Tidak pernah puas. Selagi tidak dapat apa yang aku kehendaki maka aku menganggap Allah belum tunaikan lagi apa yang aku hajati.

CUBA KAU BAYANGKAN

Sedangkan setiap hari, aku bangun daripada tidur tapi masih sihat tubuh badan . Cukup fizikal langsung tiada berkurang pun. Masih ada mata mampu melihat isteri yang berada disamping. Masih ada kaki untuk bangun menunaikan solat. Masih ada tangan untuk menyuapkan nasi ke mulut anak-anak.

Sedangkan pernah ke terfikir ada orang yang sedang bergelut di hospital, hari ini merupakan hari terakhi buat dirinya melihat kaki sendiri yang terpaksa dipotong akibat penyakit yang dihidapi. Melihat luka-luka dan kudis sudah makin merebak memburukkan lagi keadaan. Tidak mampu untuk berkata walaupub sepatah hanya merelakan dek kerana tak tertanggung lagi kesakitan yang tidak terperi sakitnya.

BILA IANYA SUDAH TIADA

Bayangkan pula penglihatan kita Allah tarik dan kita tidak mampu melihat dunia yang begitu indah. Kita tidur di kamar katil dalam keadaan bilik yang gelap ditutup lampunya. Namun disaat kita terjaga pandangan kita masih lagi gelap walaupun kita merasakan yang mata ini sudah pun celik. Digosok-gosok mata namun masih tidak dapat melihat apa-apa.

Waktu itu tahulah betapa Allah telah tarik nikmat pandangan yang selama ini tak pernah rasa pun mahu dihargai. Tidak henti-henti menangis namun segalanya sudah terlambat dan masa itu dunia terasa kosong dan kelam. Tidak tahu ingin lakukan apa lagi untuk kembalikan semula nikmat itu. Yang pasti, hari itu pasti akan menjadi satu hari yang penuh dengan penyesalan.

JANJI ALLAH ITU PASTI

Dalam hidup, jangan kita terlampau berfikir dengan apa yang masih kita belum dapat. Sedangkan berjuta manusia diseluruh dunia ini yang mahu berada di tempat kita berada sekarang ini. Kadang Allah tangguhkan sesuatu permintaan itu kerana Dia mahu melihat sejauh mana kita sanggup berkorban untuk dapatkan apa yang kita mahukan.

Sabar saja dalam menempuhi setiap dugaan. Belajar bersyukur walau dengan sekecil-kecil nikmat pemberian yang telah dikurnia. Allah dah berjanji dah dalam Al-Quran bahawasanya sesiapa yang selalu mahu menjadi manusia yang bersyukur, pasti Allah akan tambahkan lagi nikmat dan pemberianNya. Maka nikmat Tuhan yang mana lagi yang mahu didustakan?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge