Belajar untuk tahan beli kereta idaman kita dulu

cantiknya-honda-civic

aku terus terang cakap dulu aku jenis orang yang tak sabar. nak apa-apa je aku mesti nak time tu juga. mama papa cukup marah dengan perangai aku ni. suka mendesak itu ini. papa agak tegas tapi mamalah yang selalu ikutkan je apa yang aku nak sampai lah aku sendiri sedar yang perangai macam ni tak bagus untuk aku. terima kasih mama sebab selalu ikutkan apa yang abie nak daripada dulu sampai sekarang. banyak yang abie belajar daripada mama. terutama macam mana mama selalu sabar layan karenah abie.

so bila aku dah dalam bidang sales sekarang ni, aku belajar untuk tahan beli apa kehendak yang aku nak. kalau ikutkan kemampuan memang boleh je nak beli kereta honda civic ke atau pun nak beli rumah lagi satu. tadi aku jumpa cikgu aku dan minta pendapat beliau, cikgu kata kita kena belajar cari alasan untuk tak beli barang yang kita nak tu. tak tahulah boleh faham ke tak? hehe. kalau borak dengan cikgu memang deep sikit. cikgu bagi sudut pandang yang lain daripada kefahaman aku sebelum ni.

cantiknya honda civic

Jangan ikutkan kehendak nafsu

maksudnya bila kita rasa dah mampu untuk beli apa-apa, kita kena tahan dulu sampailah kita ada lebihan yang banyak berlebih-lebih. contohnya macam perbualan kami tadi pasal nak beli kereta lah. bila rasa macam mampu je nak beli kereta, cuba check balik apa lagi hajat dan kemahuan family kita yang kita belum tunaikan. utamakan keluarga dulu. happy kan family kita sampai lah semuanya dah kita tunaikan baru kita fikir kan pasal diri kita pula. bukannya fikirkan diri kita dulu.

contohnya, bila rasa mampu je, cuba check balik berapa saving yang kita dah ada. berapa gram dah emas yang kita dah beli kan untuk mak kita. insurans, medical card, asb rumah apa semua berapa dah yang kita ada. cuba untuk tunaikan seberapa banyak kehendak family kita dulu. sebelum nak beli kereta sendiri, cuba belikan isteri kita dulu supaya senang untuk wife kita nak bergerak pergi kemana-mana.

nissan GTR kegilaan semua orang

Tunaikan hajat dan kehendak mak ayah, pasangan, adik beradik terlebih dahulu

bila semua hajat keluarga kita dah penuhi, bila pendapatan yang kita dapat dah tolak semua-semua, siap dah tolak duit simpanan tunai kita sendiri, barulah kita boleh check balik berapa lebihan tunai yang kita dah ada. contoh kalau dah tolak semua-semua tu kita ada lebih lagi 3000 ringgit. kita belum boleh beli lagi kereta yang kita nak. kita kena konsisten kan pula lebihan 3000 yang kita dapat tu selama 6 bulan pula. kalau kata kita boleh konsisten lebihan bersih sebanyak 3000 tu baru lah kita boleh fikir untuk beli kereta baru pula.

tapi kita tak boleh lah nak cari kereta yang bulanan dia 3000 pula. atleast kita kena cari kereta yang bulanan dia lebih kurang 1000 sebulan. lebihan 2000 yang kita ada tu lah nanti kalau kata kita nak servis kereta ke, renew roadtax insurans ke, tukar tayar, rosak apa benda semua yang kita nak kena repair tu nanti kita dah tak pening kepala dah. jangan ikut kan kehendak nafsu ataupun ikut-ikut orang. nampak orang pakat beli kereta, kita pun tak sabar nak beli kereta juga. kita tak tahu dah berapa belas tahun orang tu tahan untuk nak beli kereta idaman dia tu.

kereta alphard yang selesa untuk keluarga

Cuba lah sewa kereta yang di idamkan tu

kena ingat kereta bila kita dah beli dia akan jatuh harga. hutang kita nak tanggung sampai 7 tahun tu. itu kalau 7 tahun, kalau yang ambil 9 tahun tu lagi lah pening kepala. sebab tu kita kena utamakan apa yang keluarga kita nak dulu. barulah kita beli kereta idaman kita nanti keluarga akan happy dengan kita dan takde lah kita nak susahkan dorang pula nanti bila kita dah sangkut nak bayar kereta tu bulan-bulan.

kalau kata dah teringin sangat, pergilah sewa kereta yang kita nak sangat tu. kalau kata nak merasa pakai civic, sewa lah civic untuk 3 hari ke kan. yang penting dapat rasa kereta yang kita nak sangat tu. baru lah kita akan lebih bersemangat nak fight dan dapatkan pendapatan lebihan tu nanti untuk beli kereta yang kita nak tu. kita pun takde terikat dengan apa-apa komitmen sampai 9 tahun, tak payah nak fikir servis apa semua. silap-silap tiap-tiap bulan boleh sewa kereta mewah yang lain pula.

satu hari nanti insha ALLAH gle akan dimiliki

Mampu sewa pun satu kejayaan kecil yang perlu dirai

nak merasa pakai alphard, pergilah sewa 4-5 hari ke. bawa mak ayah kita jalan-jalan pergi melaka ke pergi penang ke naik kereta alphard tu, okay apa. mak ayah kita pun rasa happy kita bawak jalan-jalan naik alphard yang dah tentu-tentu selesa bila naik. itupun satu achivement juga apa. bukan semua orang mampu nak sewa alphard. kalau kata nak sewa satu bulan pun boleh takde masalah. kita takde langsung nak kena terikat dengan komitmen bayar bulan-bulan dengan bank.

dalam masa yang sama fight lah untuk dapatkan kereta idaman kita tu. ini yang orang panggil delay gratification. tahan sesuatu keinginan tu untuk dapatkan kereta idaman yang lebih baik akan datang. cari alternatif macam mana nak dapatkan lebihan income tu. kalau tak tahu nak cari kat mana nak dapat, boleh tanya aku. kita lepak dan aku boleh tunjukkan nanti macam mana lebihan income yang kita dapat tu nanti tak kacau langsung duit gaji hakiki yang kita dah duk dapat sekarang ni. barulah kita pun happy dapat kereta baru, keluarga pun happy sebab kita dah dapat tunaikan kewajipan kita ke dorang. baru lah rezeki kita bertambah-tambah murah lagi lepas ni sebab kita dah bahagiakan orang sekeliling kita dulu.

ni lah idea yang cikgu aku bagi semalam. tetiba rasa nak sewa civic pula ni haha. ada yang boleh rekemen kan kereta sewa dengan aku ke? nak sewa 3 hari je haha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge