Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar buat tanpa tahu kenapa harus perkara itu dibuat. Melakukan sesuatu perkara asal boleh dan secara sambil lewa tanpa tahu arah tujuan.
Mungkin ianya dirasakan seperti bukan satu hal yang besar yang perlu dititik beratkan. Atau mungkin ada perasaan yang menebal dalam diri yang merasakan belum sampai masa lagi untuk memikirkan perkara-perkara penting yang akan berlaku pada masa akan datang. Perkara yang bakal berlaku 10 atau 20 tahun kedepan.
KELUAR DARI KEPOMPONG
Sayangnya bila diri berada di dalam zon selesa yang kita sendiri adakan. Secara tak langsung sebenarnya kita sedang membataskan potensi diri yang kalau diikutkan sebenarnya wujud sejak dari dalam perut ibu mengandung lagi. Setiap manusia itu diciptakan istimewa dan mempunyai kemampuan tersendiri.
Dan kemampuan yang ada dalam diri itu sebenarnya telah kita sendiri sekatkan. Sebab itu, bila diberi peluang berdamping dengan orang-orang yang hebat adalah salah satu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai dengan wang ringgit harganya. Ianya merupakan salah satu rezeki yang diberi bukan pada sembarangan orang.
BERDAMPINGLAH DENGAN PARA PENDIDIK
Mereka-mereka inilah yang akan sentiasa membantu mencungkil segala potensi yang ada yang kita sendiri tak pernah tahu ianya memang telah tertanam dalam diri. Disebabkan itu kita sentiasa disuruh menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan yang sangat luas di alam semesta ini tanpa rasa jemu.
Bila kita sentiasa berusaha menggali dan menggali apa yang tertimbus di dalam lubuk sanubari itu, sambil dibantu oleh para guru yang sentiasa membimbing tanpa rasa jemu, maka waktu itu terhasil lah seorang manusia yang matang dan lebih berdaya saing dan sentiasa tahu apa sahaja perkara yang sedang beliau lakukan.
JANGAN LARI DARIPADA FOKUS
Maka waktu itu kita akan menjadi seorang yang lebih jelas dan lebih berwawasan serta tahu apa sebenarnya matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Jika fokus diberikan 113% dalam memastikan impian tercapai, maka pada waktu pastinya tiada satu pun perkara negatif yang mampu menghalang dan menyekat kemaraan yang menebal dalam diri.
Kita akan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan diri dan tidak lagi memberikan alasan tentang apa sahaja yang datang menyekat. Pasti setiap perkara itu akan diusahakan, ditangani dan diatasi dengan lebih cekap dan efisien. Sentiasa memperbaiki dan meningkatkan keupayaan diri dari semasa ke semasa.
PANDANG JAUH KE DEPAN
Jadi, jangan pernah takut untuk meletakkan sasaran dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana sasaran yang ingin kita capai itu nantilah yang akan menuntun kita disaat kita terjatuh ataupun terleka. Kita akan menjadi seorang yang sangat peka dan pantanag menyerah kalah selagi belum menuai hasil.
Dan yang paling penting sentiasa sabar dalam menjalani proses yang mendewasakan itu. Allah sangat mengasihani setiap hambaNya yang sentiasa sabar dalam menempuhi dugaan yang mendatang. Percayalah, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dugaan itu sesuai dengan kemampuan yang ada pada diri mereka.
Jangan terus menyalahkan takdir. Bangkit dan kejar cita-cita yang ingin dicapai. Jangan pernah takut untuk berimpian besar tapi takutlah jika memang tak punya impian dan matlamat dalam hidup. Kerana ianya ibarat tin kosong. Ada tapi tak memberi apa-apa makna.
Artikel menarik untuk anda:
PILIHAN ITU ADA DITANGAN
Sering kali ketika ingin membuat keputusan, pastinya kita akan terburu-buru melakukannya. Tapi pernah ke tersedar, bila melakukannya tanpa berfikir panjang, pasti akan…... Baca selanjutnya »
BUKAN DISINI PASTI DISANA
Aku perhatikan kereta yang lalu lalang didepan. Semuanya bergerak dengan laju dan pantas. Betul lah kata orang bila tinggal di bandar…... Baca selanjutnya »
SEANDAINYA MEREKA TAHU
Biasalah kadang orang luar sukar sebenarnya nak memahami apa yang sedang kita lalui sekarang ini. Mungkin bagi pandangan mata mereka, sebenarnya sesuatu…... Baca selanjutnya »
AJAIBNYA AMALAN BERSEDEKAH
Amalan bersedekah amat dituntut dalam Islam. Kita digalakkan supaya sentiasa membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa…... Baca selanjutnya »
ERTI SAHABAT
Kehidupan kita setiap hari dikelilingi oleh ramai sahabat yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar. Mereka secara tidak langsung merupakan salah satu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions