okay tadi aku nak bawa isteri dengan anak-anak aku makan, aku perasan minyak kereta dah tinggal 1 bar. aku tengok range baki kilometer yang tinggal lebih kurang lagi 39 kilometer lagi boleh jalan. aku pun singgah isi minyak jap.
aku isi minyak kat petronas area bandar baru bangi. macam biasa kalau nak isi full tank ni, aku guna credit card je senang. so aku pun start lah isi minyak guna minyak kuning ron95. biasanya aku guna minyak kuning je pun dah okay dah.
sebab kat penutup minyak tu ada tulis kena guna minyak 91 ke atas. aku pun angkat nozel pam, jangan lupa matikan enjin ea, kunci kereta standby dalam poket, jangan tertinggal dalam kereta pula. hahaha. biasalah kadang tertinggal tak perasan, keyless kan.
aku pun isi je, sampai lah minyak tu berhenti sendiri, aku tak isi bagi penuh-penuh sangat, sebab ada yang kata tak elok isi minyak kereta terlampau penuh. aku isi setakat pam tu berhenti je. lepas tu aku pun tengok berapa ringgit aku kena bayar.
so total daripada minyak 1 bar je sampai penuh balik cuma rm57.02 sen je. wah hebat, isi minyak kereta axia aku pun kalau penuh nak dekat rm50 gak. lebih kurang je lah besar tank kereta ni dengan axia. ni amount anggaran je, korang isi mungkin jadi lain.
so aku masuk kereta balik, aku tengok kat bahagian range tu. dengan minyak yang aku isi sebanyak rm75.02 sen tadi, kereta aku ni boleh bergerak lebih kurang dalam 520km. wah hebat kan? memang betullah kereta ni kereta jimat minyak macam orang lain selalu cakap.
apa-apa pun depends macam mana kita bawak lah juga kereta. honda city 2020 ni ada eco mode, nak lagi jimat on kan je button dia tu. lagilah bertambah-tambah jimat. siapa yang dah isi minyak full tank, boleh share berapa ringgit korang kena okay.
setakat ni aku memang puas hati bawa kereta ni. ni nak dekat 1000 kilometer aku dah bawak, aku baru isi lebih kurang aku dah spend dalam 200 ringgit je. memang padu. siapa yang ada plan nak beli kereta ni, tak payah ragu-ragu dengan fuel consumption dia. sure korang puas hati.
Artikel menarik untuk anda:
Sesi interview kereta Honda City 2020
Siang tadi aku di interview oleh seseorang. Nama orang yang interview aku ni puan aslinda. Beliau salah seorang dari market research company….... Baca selanjutnya »
Kenapa pilih kereta Honda City 2020 ni warna hitam?
Haritu ada sorang brother pm aku tanya dan minta pendapat. Kalau nak beli kereta ni warna hitam okay tak? So aku explain…... Baca selanjutnya »
Betul ke Honda City 2020 tak jimat minyak?
ramai orang pm aku tanya soalan ni.bagi aku persoalan jimat ke tak jimat minyak ni terlampau subjektif. yelah dia kena ambil kira…... Baca selanjutnya »
Kenapa Honda City 2020 berbaloi untuk dimiliki?
2-3 hari ni aku ada bermesej dengan sahabat-sahabat baru yang sama-sama berminat dengan kereta honda city ni. bagi aku ni satu suasana…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa kena beli Honda City 2020
lain orang lain citarasa. tapi bagi aku, bila pertama kali nampak kereta honda city 2020 baru ni masa dorang buat road tour…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions