Berbaloi ke ikat perut beli minyak wangi?

peningkan-diri-sendiri

Yelah, ramai yang selera tinggi melangit. Kalau nak beli apa-apa tu mesti nak kena yang paling baik dan paling bagus. Sampai lupa kenapa sebenarnya nak beli sesuatu barang itu,

Adakah setakat beli untuk nak puaskan hati untuk nak bagitau dengan ramai orang ataupun sebenarnya taknak kalah dengan kawan-kawan yang lain yang lebih mampu.

Jangan kalah dengan hawa nafsu

Bagi aku tak salah sebenarnya bila kita nak beli minyak wangi yang harganya sampai beratus-ratus ringgit tu. Dan ada sesetengah tu memang sampai harganya cecah ribu ringgit.

Fuh, kalau kak diturutkan hawa nafsu itu, memang tak terikut brother. Selagi tak dapat selagi tu lah tak boleh nak duduk senang. Serba serbi tak kena jadinya, ada je rasa tak best itu.

Cuba check balik duit dalam poket

Tapi kalau sampai sanggup berikat perut semata-mata nak beli minyak wangi tu, aku cadangkan lebih baik lupakan dulu niat tu sementara. Duit tu ada banyak lagi kegunaan yang lagi penting.

Kena pula sekarang ni zaman ekonomi tak menentu. Lebih baik fikirkan perkara yang lebih keperluan dan utama dulu. Lepas itu baru lah decide untuk beli barang kehendak ini.

Beli yang murah-murah pun dah okay

Andai kata memang tengah mengalami masalah bau badan yang kurang menyenangkan itu, aku sarankan beli je minyak wangi biasa yang ada dekat pasaran market kita sekarang ini.

Dengan bermodalkan puluhan ringgit je, korang dah boleh dapat satu minyak wangi yang sesuai dengan citarasa korang. Ada banyak aroma bau yang boleh korang pilih.

Cari cara untuk tambah pendapatan

Amalan membazir itu tak bagus sebenarnya. Kalau betul duit tengah tak banyak tapi dalam masa kau nak juga beli barang yang kau suka. Aku ada satu cadangan untuk kau.

Apa kata kau tambah pendapatan kau supaya gaji hakiki kau yang asal tak terusik langsung. Barulah kau boleh beli apa saja yang kau nak beli dengan duit tambahan tu tadi.

Tak tau macam mana nak tambah duit, kau roger aku. Aku boleh tolong kau bagitau cara macam mana nak dapat extra income. Senang je. Mula-mula…..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge