Berhati-hati dengan kekayaan

the-mask-money-film-stills-jim-carrey-wallpaper-preview

Ramai orang yang terkejar-kejar untuk nak jadi kaya. Betul, tak salah ada duit yang banyak. Dengan ada duit lah kita boleh buat macam-macam. Kita boleh tolong mak ayah kita. Boleh tolong adik beradik kita.

Boleh bantu orang susah, boleh sedekah banyak. Tapi sama ada terima atau tak terima, ada ramai orang yang jadi buta mata hati bila dah jadi kaya. Lupa yang mana halal yang mana haram dalam mengejar duit yang banyak.

Ada yang sanggup menipu, ada yang sanggup aniaya orang, ada yang sombong dan bongkak percaya semua harta benda yang dapat adalah disebabkan hasil titik peluh diri sendiri. Padahal lupa dapat tu sebab ALLAH SWT dah izinkan nak bagi.

Percayalah, semua benda yang kita nampak cantik tu ujian je, nak menguji sejauh mana keimanan kita. Kita susah tu ujian, kita senang pun ujian sebenarnya. Hati-hati dengan perkataan apa yang keluar daripada mulut kita.

Kadang tak perasan, tengah banyak duit ni borak dah jadi lain. Kita rasa diri kita betul, orang lain semua salah. Langsung taknak dengar pendapat dan pandangan daripada orang lain. Rasa diri kita ni je lah yang betul.

Aku pernah rasa takde duit. Dan aku juga rasa macam mana seronok bila kita ada duit lebih sikit ni. Tapi terus terang aku cakap, ujian bila ada duit ni aku lebih takut berbanding dengan masa takde duit dulu.

Kadang tak perasan, cakap dengan orang main lepas je. Ikut sedap hati kita je nak cakap apa. Sampai satu tahap, bila dah terlampau tinggi melangit, jatuh nanti sakit dia tak senang nak hadap. Luka dia lebih parah.

Selalu lah syukur dengan apa yang kita dapat. Paling penting kena yakin, apa yang kita dapat sekarang ni bukan sebab usaha kita. Usaha tu dah memang wajib kita sebagai manusia, itu tanggungjawab. Tapi bila kita dapat apa yang kita nak,

Tu bermakna memang sebab ALLAH SWT dah izinkan nak bagi kat kita.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge