Berhati-hati sebelum tambah komitmen beli rumah dan kereta idaman

fikir-masak-masak

Kita ini orang yang sudah bekerjaya. Tentu kita sentiasa mahukan perubahan yang terbaik dalam hidup. Naik daripada satu peringkat kepada satu peringkat. Perubahan positif yang boleh mendorong kita untuk berkerja lebih kuat lagi.

Macam aku sebagai seorang peniaga, dah tentu peningkatan daripada segi jualan sangat membantu untuk aku sendiri tambah baik pendapatan keluarga. Bila sampai ke peringkat ini, gaya hidup pun mula berubah dan banyak peluang terbuka di depan mata.

setiap orang ada impian masing-masing

Impian dan angan-angan sejak kecil

Ada sesetengah orang, bila pendapatan mulai meningkat, masing-masing berusaha untuk nak submit permohonan yang sebelum ini jadi impian dan angan-angan. Ada yang dah mula ke sales gallery untuk nak tengok-tengok rumah dan booking andai kata berkenan. Ada yang dah ke showroom kereta untuk upgrade kereta baru.

Semangat jadi berkobar-kobar sebab tak sabar untuk penuhi impian yang diangan-angankan sejak kecil lagi. Aku faham sangat perasaan ini sebab aku sendiri dah melalui fasa ini. Memang kita akan terlebih excited dan gembira tak terkata.

kita sendiri tentukan mana yang terbaik

Kira semua komitmen baru yang perlu dibayar

Tak kisah lah apa pun pilihan yang kita buat. Fikir masak-masak sebelum mengambil sesuatu keputusan. Contohnya kalau kita decide nak beli kereta, buat kira-kira berapa expenses baru yang kita kena belanjakan bila kereta itu nanti kita dah berjaya bawa balik ke rumah.

Jangan tengok pada bayaran bulanan saja, kira sekali berapa kos untuk selenggara berkala dan kos memperbaharui cukai jalan, insurans bila sudah sampai tarikh luput. Jangan pula bila kereta dah genap setahun pakai, mula lah kepala pening nak bayar semua sekaligus.

pilihan sentiasa ada ditangan kita

Fahami satu-satu perjanjian sebelum membuat keputusan

Macam itu juga kalau kita decide untuk nak beli rumah. Cuba tanya betul-betul dengan pemaju selain daripada bayaran yang dinyatakan, ada tak kos-kos tersembunyi yang kita perlu bayar bila kita bersetuju untuk terima tawaran yang telah diberi. Kadang perkara macam ini kita terlepas pandang.

Bila surat perjanjian sudah ditanda tangan, tiba-tiba ada banyak bil yang perlu dijelaskan sebelum kunci rumah diserahkan kepada kita. Terpaksalah meminjam duit kepada keluarga dan saudara mara. Ada juga yang terpaksa bergadai barang kemas semua disebabkan tak faham dan tak jelas dengan penerangan yang diberi sebelum ini.

buatlah keputusan dengan bijak

Belajar daripada pengalaman

Pilihan sentiasa ada ditangan. Buatlah keputusan dalam keadaan tenang dan tidak dipengaruhi oleh orang sekeliling. Cuba minta pendapat dengan orang yang lebih berpengalaman tentang satu-satu hal. Mereka tentu boleh memberikan nasihat yang baik.

Pengalaman sentiasa mengajar kita menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini. Apa pun keputusan yang kita lakukan, sudah tentu ada risikonya. Beranikan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan, yakin dan percaya setiap yang terjadi tentu bersebab.

Jangan mudah putus asa.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge