Beri peluang isteri bersuara

beri-peluang

Bila berbincang tentang cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, kita sebagai suami tak boleh nak pentingkan diri. Jangan jadi diktator dalam keluarga sendiri.

Isteri sebenarnya berhak untuk berikan pendapat tentang perkara yang mereka juga rasa betul ataupun tidak. Idea dan pengetahuan seorang isteri itu tentu tak sama dengan suami.

kasihanilah isteri yang sentiasa ada disisi

Waktu susah isteri sentiasa ada

Bila isteri dinafikan hak untuk bersuara, ini seolah-olah merendahkan martabat mereka sedangkan isteri lah yang sentiasa berada disisi suami. Sanggup sama-sama susah dan senang.

Walaupun ketika mana suami diuji dengan kehilangan kerja dan perniagaan, isteri sentiasa beri semangat untuk kuatkan hati suami dalam menempuh pelbagai dugaan dan ujian dalam hidup.

setiap masalah ada jalan penyelesaian

Jadi suami yang bertolak ansur

Kenapa bila keadaan bertukar, setelah kehidupan mula kembali stabil dan pendapatan mula pulih, waktu ini kita para suami seolah-olah lupa dengan segala kesusahan yang pernah dilalui bersama satu ketika dulu.

Dengan perasaan angkuh, kita memberitahu yang segala kejayaan yang dikecapi kini adalah titik peluh berusaha siang dan malam keluar bekerja tak berhenti. Jangan jadi seorang yang takbur.

pergaduhan tak mendatangkan apa-apa kebaikan

Rezeki Allah SWT yang izinkan

Kena ingat sebagai manusia kita memang dah diwajibkan untuk berusaha. Andai kata kita terima hasil ianya bukanlah disebabkan usaha kita itu tadi. Ianya disebabkan memang Tuhan sudah menetapkan pemberiaan Nya.

Perasan tak ada ketika kita seperti tidaklah berusaha sangat, tapi macam-macam yang kita dapat. Ada ketika pula kita dah buat macam-macam, tapi rezeki itu seolah-olah seperti tersekat pula.

ingat semula harapan, cita-cita dan impian bersama

Bila-bila masa boleh ditarik balik nikmat

Daripada situ kita boleh tau yang kita dapat sesuatu itu bukan disebabkan usaha kita tapi disebabkan memang Allah SWT nak bagi. Dan ingat, bila-bila masa juga Dia boleh tarik balik segala nikmat dan rahmat.

Jadi jangan sekali-kali pertikaikan apa saja pendapat isteri. Ambil kerusi, duduk bersama kemudian berbincang bagaimana nak selesaikan masalah yang terjadi. Itu lebih baik dalam perhubungan. Berkasih sayang dalam ikatan kekeluargaan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge