Bersangka baik walau susah macam mana pun hidup

people-man-guy-alone

Susah macam mana pun kita rasa hidup ni, tak kisah lah kita kerja makan gaji ke, kita berniaga ke, kena selalu sangka baik dengan apa je benda yang berlaku. Benda ni terus terang memang susah nak buat.

Kut mana pun mesti ada yang kita nak salahkan. Salahkan orang tu lah, salahkan benda ni lah. Sebab tu sangka baik ni kita nak kena latih dalam diri kita. Dia tak semudah kita cakap keluar dari mulut.

Tapi kena di zahirkan daripada segi perbuatan, perlakuan, percakapan. Pokok pangkal nya kita kena jaga hati kita ni selalu. Dedahkan diri setiap hari dengan hal-hal yang positif dan bebenda yang elok je.

Bila hati kita bersih daripada benda kotor, barulah kita senang untuk nak bersangka baik dengan setiap apa yang ALLAH SWT dah takdirkan dalam hidup kita. Kena ingat, takde satu perkara pun dalam dunia ni jadi tanpa izin Dia.

Bila kita betul-betul percaya, barulah kita boleh bersyukur bila kita dapat nikmat dan sabar bila ditimpa musibah. Terus terang aku pun masih belajar untuk mendidik hati supaya selalu dengan perkara yang baik.

Sama-sama lah kita perbaiki attitude dan sikap kita. Kalau kita dah nampak satu-satu benda tu salah, kenalah cepat betulkan. Kalau kita nampak satu benda tak elok, cepat-cepatlah istighfar minta ampun.

Mudah-mudahan amalan kita semua diterima. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge