Rezeki ini takkan pernah cukup selagi kita tak bersyukur. Itu dah memang sifat manusia. Susah betul nak rasa puas hati dengan apa yang dah dapat. Terlalu mengejar perkara yang masih belum capai sampai tak pernah nak menghargai apa yang dah dapat sekarang.
Sampai satu tahap sanggup melanggar apa sahaja larangan yang tak boleh dibuat asalkan dapat apa yang nak. Bahaya bila sampai tahap macam ini. Dalam rezeki ni yang paling penting bukan jumlahnya semata-mata , tapi keberkatan itu lagi penting dan lagi lumayan.
Pergerakan terbatas bila tak tenteram
Ada orang yang banyak duit dalam akaun bank tapi tak pernah rasa hidup dia tenteram. Risau setiap masa takut duit habis. Yang lagi tambah teruk sentiasa dalam ketakutan dirompak oleh orang jahat. Bila sampai jadi macam ini duit banyak pun tak guna. Nak bergerak kemana mana pun susah.
Bila bersyukur, duit tu tak banyak pun tapi sentiasa lengkap. Hidup bahagia je nak makan apa pun boleh makan. Sentiasa bersederhana dan merasa cukup. Ada banyak masa untuk berseronok dengan isteri dan anak-anak. Hal macam ini tak dapat nak diukur dengan duit ringgit semata.
Murah memberi buat hati lebih tenang
Bersedekah juga boleh buatkan kita bertambah syukur dengan kurniaan yang Allah dah bagi. Jangan takut duit habis bila kita bersedekah. Ada sesetengah orang yang rasa berat je bila nak bagi sedekah. Rasa duit 50 ringgit tu besar nak masuk tabung masjid.
Sedangkan kalau pergi beli tiket tengok wayang selamba je sampai beli tiket 60 ringgit untuk sorang sebab beli yang Gold Class. Dua orang tiket dah 120 ringgit. Tapi cuba masukkan duit banyak macam tu dalam akaun rumah anak yatim, tak tau kenapa rasa berat sangat.
Lupakan kebaikan yang telah dibuat
Percayalah bulat-bulat bila mana kita bersedekah tentu Allah SWT akan lapangkan lagi rezeki keluarga kita. Kena percaya bila kita memberi lebih banyak, mesti lagi banyak kita akan menerima. Ni janji Tuhan, bukan main-main. Bersyukur dengan bersedekah ni boleh buatkan kita sentiasa menurut perintah Yang Maha Pencipta.
Jangan ungkit apa saja yang pemberian yang telah diberi. Terima dengan hati terbuka. Andai kata kita dapat apa yang kita nak ucaplah alhamdulillah. Andai kata tak dapat kena ucap 2 kali alhamdulillah. Sebab ada rezeki yang lebih baik untuk kita di kemudian hari.
Kena percaya dan yakin betul-betul, insha Allah semoga dilapangkan dan dipermudahkan kehidupan kita semua.
Pastikan harta yang diterima memberi manfaat di kehidupan akhirat. Amin ya rabb.
Artikel menarik untuk anda:
Boleh saya kenal dengan awak?
Awak tadi saya nampak gambar awak dengan kawan saya dekat Instagram. Terus buat saya rasa macam nak berkenalan dengan awak. Tapi saya…... Baca selanjutnya »
Suami yang selalu belanja isteri insha Allah sentiasa di murahkan rezeki
Aku memang setuju dengan statement ni. Aku tak tau kalau ada yang tak bersetuju. Bagi aku, tak salah pun kalau kita selalu…... Baca selanjutnya »
BELAJAR ERTI BERSYUKUR
Berjalan menelusuri lorong gelap yang berada di hadapanku, buatkan aku berfikir sendiri apakah makna sebagai seorang manusia diatas muka bumi ini. Tujuan…... Baca selanjutnya »
Maafkan aku Tuhan andai diri tak pernah bersyukur
Bang, saya ini dah tak sampai hati nak tengok abang bekerja pergi pagi balik pagi macam ini lagi. Memang dah tak tertahan…... Baca selanjutnya »
Kau yang dulu bukanlah yang sekarang
Kenapa awak sanggup buat saya macam ini? Awak kata awak sayang saya. Awak kata awak cintakan saya. Tapi kenapa awak berubah? Sedangkan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions