Besar pahala isteri kejutkan suami bangun subuh

kesian-suami

Yelah, kadang kan suami ini kan penat balik kerja. Bila dah penat mana suami itu ingat apa dah. Yang dia tau balik, terus mandi, tidur. Itu jelah. Kadang penat otak lagi letih daripada penat badan.

Macam-macam benda nak kena fikir kat office. Nak kena fikir pasal kerja sendiri lagi, kadang nak kena fikir pasal buatkan kerja orang lagi. Mana tak stress. Kepala pun jadi pening.

penat sangat sampai terlajak tidur

Letih sampai tahap tak boleh tidur

Sampai satu tahap itu, bila dah terlampau penat sangat, sampai tak boleh tidur langsung dah jadi dia. Pernah tak alami situasi macam ini. Siapa yang selalu banyak kerja mesti pernah rasa.

Bila dah sampai waktu nak tidur itu, mata tak boleh nak lelap. Puas duk pusing sana pusing sini, tapi tak boleh tidur juga. Biasanya jadi macam ini sebab badan terlampau penat sangat.

banyak kerja kena fikir dan buat

Dah lewat pagi baru mata mengantuk

Bila dah lewat malam, macam pukul 1 ke pukul 2 pagi macam tu baru boleh tidur. Tapi masalahnya bila dah tidur lewat ini bangun pun mestilah lambat kan? Yang paling teruk bila terlajak solat subuh. Dah berdosa besar sebab tinggalkan solat.

Jadi sebagai isteri kalau dah tau suami itu susah nak bangun tidur, cubalah bantu suami kejutkan dia bila dah masuk waktu solat. Kalau tak set kan jam suami cuba setkan jam sendiri. Senang je kan tak susah pun.

tinggalkan masalah kat tempat kerja, balik rumah dan berehatlah

Jangan jadikan tak sampai hati sebagai alasan

Isteri yang baik mesti dia selalu ambil berat tentang suami dia. Janganlah kalau dah tau suami itu susah nak bangun tidur, dibiarkan saja suami itu tak solat. Yang pelik nya isteri bangun solat, tapi tak kejutkan sekali suami.

Alasan kata tak sampai hati nak kejutkan suami bangun subuh sebab nampak dia nyenyak tidur itu memang tak sesuai lah. Sebab kut mana pun solat itu lagi penting daripada tidur.

sentiasa pastikan cukup waktu tidur

Saling ingatkan antara suami isteri

Tak apa. Kejutkan saja suami itu. Kalau kata dia taknak bangun, itu bukan salah isteri lagi dah. Sebagai isteri, awak dah jalankan tanggungjawab awak dengan sebaik-baiknya. Itu antara pahala dan dosa suami lah lagi.

Percayalah, keluarga yang bahagia itu bila mana suami isterinya selalu saling ingat mengingati antara satu sama lain. Bila kita jaga solat subuh, insha Allah solat-solat yang lain juga akan dipermudahkan.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge