Best ke lepak coffee house?

Lepak-coffee-house

Masa mula-mula bercinta, minum air secawan pun mesti nak berkongsi dengan si dia. Maklumlah jiwa tengah rasa bahagia sangat masa tu. Beli satu air kopi dekat coffee house lepas itu berbual berborak lama-lama. Yelah, satu air tu pun dah berapa harga dia kan? Hihi.

Elok lah sangat berkongsi tu. Bukannya tak boleh nak beli sorang satu tapi kalau beli dua rasa macam membazir. Pulak dah. Haha. Saja lah tu taknak cakap yang air kat situ bukan main mahal harga dia kan. Kikiki,

Sebenarnya tak salah pun kalau nak lepak dekat mana-mana coffee house. Bila dating kat tempat-tempat macam ini suasana dia takkan sama dengan tempat lain. Boleh rasa ketenangan dan keheningan tu yang susah nak cakap atau nak diceritakan kat orang.

Siapa yang dah pernah pergi je boleh tau dan boleh faham apa yang sebenarnya nak disampaikan ni. Feeling dia tu lain tak boleh nak sama.

Menenangkan jiwa

Contohnya ada perbualan yang melibatkan hati dan perasaan. Cara kita sampaikan tu akan lebih terkesan dan lebih menusuk dalam jiwa pasangan yang kita sayang.

Andai kata kalau kita berbual tentang sesuatu yang melibatkan masa depan yang nak dibina, tapi perbualan tu berlaku dekat tempat yang penuh crowded dan ramai orang dah tentu kesan tu tak terpanah dalam hati atau tak makan dalam orang kata. Dia jadi biasa-biasa je.

Kalau kat coffee house ini kadang-kadang background muzik tu staff hidupkan lagu jazz contohnya, memang best gila lah. Rasa tenang je seolah-olah kau ada dalam era 70-an. Rasa macam tengah lepak kat luar negara, bukan macam kat Malaysia.

Macam aku sendiri tak pernah merasa nak pergi oversea lagi. Pernah tengok pun dalam movie je. Itu pun disebabkan aku ni jenis orang yang memang kaki wayang. Sebab tu aku rasa aku ni senang sangat terpengaruh kot.

Terlihat lebih serius atau lebih santai bila berbual

Bila ajak lepak teman tapi mesra kita tu ke tempat-tempat macam ini, salah satu nya kredibiliti kau sebagai seorang pasangan yang memahami memang sangat terserlah. Nampak betapa seriusnya dalam fasa nak bina hubungan dengan dia.

Aku bagitau ini bukan nak kata lepak tempat lain tak bagus. Memang kalau dia tu tak selesa nak pergi coffee house macam ini, janganlah pergi paksa pula. Nanti tak pasal-pasal bergaduh, aku pula yang di salahkan haha.

Pergi lah kat memana yang korang biasa. Even kalau nak lepak mamak ataupun kedai tomyam pun takde masalah. Lagi puas hati sebab boleh makan sekali. Cuma aku bagitau ini kalau kata korang ada perkara yang serius ataupun sekadar nak santai-santai dan rileks boleh la.

Perbualan tu pun takdelah jadi tegang. Macam aku bagitau tadi la. Kalau ramai orang kat dah tentu-tentu bising dan tak berapa selesa.

Pilih tempat yang tak ramai orang

Apa-apa pun yang paling penting sekali adalah apa saja tujuan yang dah plan nak buat haritu tercapai lah hendaknya. Andai kata perjumpaan tu nak mencari jalan penyelesaian pada satu-satu masalah, bersegeralah cari kata sepakat. Jangan dibiarkan berlarutan lama-lama.

Dah duduk kat tempat high end tu kenalah jaga kelakuan. Jangan sampai tinggikan suara dan boleh ganggu orang lain nak rileks.

Harapnya dengan perkongsian aku kali ini boleh bagi sedikit idea lepas ini nak lepak mana. Yang mana pertama kali nak cuba tu, memang digalakkan sangat. Rasalah sendiri pengalaman lepak coffe house yang memang menenangkan.

Ada sesetengah tempat tu, kalau kawasan hot spot coffee house dia mungkin ramai orang macam dekat pasar raya. Nak lagi tenang boleh lepak dekat memana coffee house kat hotel. Mesti lagi best dan kopi nya lagi hebat.

p/s : Kalau nak lepak memana coffee house dan tak tau nak pergi dengan siapa, jangan lupa ajak aku sekali, okay? Hahaha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge