Betul ke Honda City 2020 tak jimat minyak?

jimat-ke-tak-jimat

ramai orang pm aku tanya soalan ni.

bagi aku persoalan jimat ke tak jimat minyak ni terlampau subjektif. yelah dia kena ambil kira daripada macam-macam sebab. tak boleh daripada sorang try bawa satu kereta tu, dah boleh kategorikan sama ada satu-satu kereta tu jimat minyak ke tak.

bagi aku berapa bilangan orang dalam satu-satu kenderaan masa tengah drive, berapa average kelajuan pemandu yang memandu kereta tu, laluan jenis macam mana yang digunakan, sama ada jalan straight highway ataupun jalan bandar yang penuh sesak dengan kenderaan.

persoalan jimat minyak selalu jadi tajuk penting sebelum beli kereta

semua tu kena ambil kira. masalah utama minyak kereta cepat habis ni sebenarnya salah satu disebabkan attitude atau cara pemanduan seseorang tu, memang boleh bagi kesan yang agak ketara. macam aku sebelum ni pakai kereta axia e spec manual.

aku bawa kereta tu masa jalan jammed kat tengah bandar kl ni, aku bawa average 60-80km sejam, kereta tu memang jimat minyak sangat. tapi pernah sekali aku pederaih atas highway nak pi kedah average 150km sejam, macam air je minyak tu turun. laju je.

kita sendiri sebenarnya yang tentukan

itu dah bawa kereta axia manual yang selalu orang duk kata jimat minyak tu. apatah lagi kalau kita bawa kereta auto ataupun kereta baru sekarang ni. kalau padel minyak tu tekan je tak berhenti, lampu merah tukar hijau kita terus pecut, mestilah minyak cepat habis kan?

tapi kalau kita bawa santai-santai, sambil-sambil layan lagu v.e ayu meredah jalan sesak kat kl tu, aku yakin minyak kereta tu boleh lagi jimat daripada yang sepatutnya. sebab teknologi kereta makin canggih, enjin pun mestilah lagi baik daripada sebelum ni.

paling penting attitude dan cara kita memandu

apa-apa pun kalau betul nak tau sangat sama ada kereta honda city 2020 ni jimat minyak ke tak, korang nak rasa sendiri macam mana pengalaman pemanduan bila duduk dalam kereta ni, aku sarankan korang pergilah memana sc terdekat dan test drive sendiri.

masa tu mesti banyak persoalan korang bakal terjawab. ramai yang tanya aku soalan jimat minyak ni, dan aku suruh pergi try sendiri, end up bagitau aku dah booking sebiji dah hahaha. well, apa lagi aku nak kata kan? sesungguhnya racun itu benerrrr. kikiki. kereta ni memang terbaik geng.

oh lupa nak bagitau. siapa yang tinggal kat semenyih dan area terdekat, kalau nak test drive kereta honda city ni atau kereta-kereta honda yang lain, boleh pm aku kat sini. nanti aku kenalkan dengan sales advisor yang aku beli kereta haritu k.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge