Betul ke kerja sendiri lagi senang daripada makan gaji?

norway-pier-dock-landscape-wallpaper-preview

“Abang sabri, tengok abang meniaga sendiri macam best je. Takde nak kena ikut arahan orang, rasa nak kerja, kerja, rasa nak cuti, cuti. Best je kerja, gaji pun kita yang tentukan,”

Semalam aku borak dengan sorang kira pangkat anak buah dengan aku. Dia baru start nak kerja delivery food panda. Sebelum ni dah penat kerja makan gaji, nak rasa kerja sendiri pulak.

hidup ni sentiasa ada pilihan

Aku cakap dengan dia, dunia kerja sendiri ni tak sama macam kita kerja makan gaji. Betul, memang kita tak payah nak ikut arahan orang. Takde nak kena punch card masa sekian-sekian time.

Tapi level disiplin diri kau kena tinggi. Banyak benda kau kena sanggup korbankan terutama masa kau sebab dunia meniaga ni tak seindah yang kita rasa. Tak semanis apa yang kita dengar.

kita sendiri yang tentukan

Dunia ni kalau kau bergerak, kau ada sesuatu yang kau usahakan, kau akan tuai hasil tapi kalau kau banyak malas, banyak bagi alasan kau akan tenggelam dan hanyut dan paling pedih bila kau terpaksa menyusahkan orang lain pula.

Sebab tu bila bekerja sendiri ni kena sentiasa positif, apa saja yang berlaku dalam hidup kita, sama ada benda yang kita suka atau tak suka, kita kena sangka baik. Takkan pernah sesuatu perkara tu jadi sia-sia, aku pernah story kat artikel ni.

semua yang berlaku atas izin Nya

Hati kena bersih, kena jaga hubungan baik dengan Pencipta, kena jaga hubungan baik sesama manusia. Part ni sampai bila-bila kena jaga. Aku sendiri berusaha keras untuk perbaiki semua kesilapan yang aku pernah buat.

Paling penting jangan putus harapan. Jangan patah semangat. Hati kena kental, jiwa kena keras. Sebab kita sendiri yang tentukan ke mana hala tuju hidup yang kita nak bawak. Ikutlah jalan yang ALLAH swt redha.

Insha ALLAH selamat dunia akhirat amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge