Betulkan balik niat sebab apa kita nak buat recruitment

niat-tolong-orang

ini topik yang sangat dekat dengan aku. sebab aku dah dalam bidang sales nak dekat 2 tahun. tapi dalam masa 2 tahun tu juga aku selalu dengar tentang recruitment ini. tapi aku tak faham kenapa aku kena buat recruitment? kenapa aku nak kena tolong orang lain untuk dapatkan pendapatan yang sama atau lebih lagi daripada yang aku dapat sebelum ini.

hari ke hari, lepas aku dah ajak isteri aku sesama dalam bidang niaga, aku tetap masih tak nampak lagi. sampailah satu waktu itu bila wife aku fight income dia betul-betul dan dia berjaya capai income yang lebih 10 kali ganda sebulan daripada income dia yang sebelum ini niaga nasi lemak, barulah aku terbuka mata dan faham kenapa aku kena buat recruitment.

bantu ubah kehidupan orang lain jadi lebih baik

Recruitment untuk bantu orang lain

pertama sekali aku nampak bila aku dapat bantu isteri aku dapat income yang lebih daripada sebelum ini, aku tengok isteri aku gembira sangat. nak dapatkan income yang 5 angka macam dia dapat ini bukan senang. ada banyak cabaran, halangan dan dugaan yang tak pernah di hadap sebelum ini. tapi kesabaran isteri aku untuk lalui semua itu memang aku respect habis.

kedua aku nampak bila aku dapat bantu isteri aku dapat income yang lebih juga ini, aku nampak dia dah boleh memberi dengan lebih banyak daripada sebelum ini. dia boleh bagi duit lebih untuk mak dia. dia bagi duit lebih untuk mak dan ayah mertua dia yang mana mak ayah aku lah. dia boleh belikan anak-anak barang yang dorang suka dan bonus yang paling bernilai dia boleh beli apa yang dia nak contoh macam emas ke, telefon ke ataupun apa sajalah yang terdetik dia nak.

nilai kegembiraan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit

Buka peluang untuk orang lain dapat pendapatan yang lebih baik juga

ketiga dan buatkan aku faham kenapa aku kena buat recruitment ini ialah macam mana isteri aku ini daripada seorang yang takde keyakinan diri dan nak buat apa-apa pun takut-takut, tapi bila dia berjaya capai apa yang dia nak, isteri aku ini dah boleh plan apa next yang dia nak capai dalam hidup dia lepas ini. yang mana sebelum ini kalau masa niaga nasi lemak dulu memang tak boleh nak bayangkan apa-apa. nak berimpian pun jadi takut, sebab kehidupan sendiri pun tunggang langgang.

so apa yang aku nak bagitau kat sini, kalau kata kita dah jumpa satu peluang bisnes yang baik, lagi-lagi bila kita dah buat dan ada hasil, kita sebenarnya tak payah takut nak kongsikan peluang itu dengan orang lain. kita sepatutnya bantu buka peluang itu untuk kita sama-sama dapat ubah kehidupan kita jadi lebih baik.

apa tindakan hari ini penentu kepada kehidupan yang lebih baik akan datang

Bila kita tolong orang, ALLAH SWT akan tolong kita

bayangkan bila kita dapat bantu orang lain, dan orang itu pun berjaya capai apa yang dia nak, bukan ke besar pahala disisi ALLAH SWT sebab kita dah tolong hidup orang lain yang sebelum ini susah kepada senang. benda ini tak boleh nak di nilai dengan wang ringgit. aku sampai sekarang memang takkan boleh lupakan jasa kawan aku amit yang dah tolong aku dan ubah kehidupan aku jadi hidup yang macam sekarang ini. sampai boleh beli rumah apa semua. mana pernah aku sangka boleh dapat sebelum ini.

so jangan takut nak buat recruitment. kita kena betulkan balik mindset yang buat recruitment ini bukan sebab kita nak dapatkan income yang lagi banyak ke, ataupun kita nak kejar pangkat ke glamour apa semua. itu semua tak kuat, orang putih kata tak strong. apa nilai yang lagi besar yang kita dapat bila kita buat recruitment ini ialah, bila kita boleh ukirkan senyuman dekat kawan kita yang kita dah ajak masuk itu bila incomde dia dah banyak.

bayangkan satu senyuman daripada dia je, tapi sebenarnya ada banyak lagi senyuman yang terukir dibelakang dia contoh macam mak ayah dia, anak-anak dia, adik beradik dia. fikir-fikirkan lah. tukar niat balik, baca bismillah insha ALLAH jadi amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge