Melihat lautan yang terbentang luas didepan mata, aku rasakan satu ketenangan yang mendalam di sanubari. Deruan ombak yang menghempas pantai, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar muka, bagai cuba menghilangkan seketika segala masalah yang aku hadapi.
Keriuhan kanak-kanak berlari bekejar-kejaran dengan kawan-kawannya, peniaga yang menunggang motosikal menjual aiskrim dari satu khemah ke satu khemah dan kelihatan jet ski dan banana bot yang beratur menunggu untuk disewa pelanggan. Meriah sungguh suasana yang aku rasakan.
BUKAN PILIHAN
Namun keresahan dalam hati ini tak siapa yang tahu. Sudah 2 tahun aku bekerja sebagai pengawal pantai di Pulau Perhentian. Aku tinggalkan kehidupan bandar di Kuala Lumpur dan membawa hati yang duka lara ni ke tempat orang. Hanya cara ini yang boleh mengubati hati kerana sedih ditinggalkan kekasih tersayang.
Aku tidak menyangka percintaan kami terhenti di pertengahan jalan hanya disebabkan aku ini bekerja di pusat akuatik terkenal di Bukit Jalil. Aku memang sentiasa sibuk di tempat kerja tetapi aku sangat komited dalam kerjaya mahupun dalam hubungan. Aku memang seorang yang serius jika melibatkan hal percintaan tetapi di salah tafsir oleh keluarga teman wanita.
BAHAGI MASA
Mereka menyangkakan yang bila sudah berkahwin nanti aku akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami sedangkan aku bekerja kuat untuk membina kewangan yang kukuh selepas kami berkahwin. Aku juga sudah merancang untuk membeli sebuah rumah apartment sebagai tempat kami berteduh dan tak perlu kami menyewa dimana-mana lagi.
Segala apa yang aku lakukan tentu aku akan berfikir panjang. Aku tak pernah buat keputusan terburu-buru. Aku susun atur segala persediaan yang terbaik tapi bagi pandangan mereka aku tidak serius dalam perhubungan yang kami jalinkan. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untukku. Aku redha.
HIDUP HARUS DITERUSKAN
Biarlah aku disini hidup dengan dunia ku sendiri. Aku tenang tanpa ada sesiapa yang mengganggu dan mengambil peduli tentang diriku. Lagipun aku gembira kerana aku mempunyai ramai kawan-kawan dan pelanggan resort tempat aku bekerja kebanyakannya datang dari seluruh dunia. Mereka sangat baik dan suka bercerita tentang kelebihan negara mereka.
Walaupun umur ku sudah menganjak 38 tahun, tapi aku serahkan jodohku hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Ada juga gadis-gadis dari eropah yang rapat dan sangat baik denganku. Aku tidak mahu memberi harapan takut dikecewakan lagi. Cukuplah aku ditemani dengan laut dan pantai yang sangat indah.
Pemandangan yang tenang dan tenteram yang aku dapat lihat setiap hari sudah cukup membuatkan hatiku gembira. Aku dapat rasakan di lubuk hati yang paling dalam, alam lebih memahami jiwa ku ini.
Artikel menarik untuk anda:
DEMI MASA
Ayahku bekerja sebagai seorang eksekutif korporat di salah sebuah syarikat gergasi di ibu kota manakala ibuku pula bekerja sebagai juruterbang di syarikat…... Baca selanjutnya »
INGAT SENANG
Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »
MENARILAH
Aku bukanlah dilahirkan dalam golongan bangsawan. Jalanan merupakan tempat tinggalku. Kehidupan sebagai seorang remaja di tengah kesibukan ibu kota Manila tentunya memberikan…... Baca selanjutnya »
IBU, IBU SABAR TAU
Ibu, kenapa semua kawan-kawan taknak main dengan adik. Masa dekat sekolah waktu bermain, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan mereka saja. Tak ajak…... Baca selanjutnya »
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions