Biarlah isteri nak beli, lagipun guna duit dia

perempuan-tak-sama-dengan-lelaki

Ada isteri yang kerja daripada pagi sampai petang, keluar rumah tinggalkan anak-anak kat rumah pengasuh semata nak bantu suami untuk tampung pendapatan isi rumah keluarga.

Kerja isteri ini lagi penat. Sebab bila dah sampai rumah dia sambung lagi buat benda lain. Nak kena masak lagi, nak uruskan pula anak-anak. Kemas rumah, cuci baju dalam mesin. Kira macam tak berhenti kerja.

kehendak wanita tak sama dengan lelaki

Suami kena faham isteri

Bila time isteri dapat gaji, kita sebagai suami kalau kata tiba-tiba dengar yang dia nak beli barang nak reward diri dia sendiri, biarkanlah je lah. Janganlah kita suami nak larang pula.

Mungkin itu salah satu cara dia untuk hilangkan penat bekerja dengan beli barang-barang yang dia suka. Perempuan ini perangai dia tak sama dengan kita lelaki. Cara dorang release stress itu berbeza.

sebagai suami, kena sentiasa faham isteri

Lelaki tak sama dengan wanita

Mungkin kita suami tak kisah sangat bab-bab nak reward diri semua ini. Sebab cara kita nak hilangkan tekanan kerja itu lain. Ada yang suka ride motor jalan jauh. Ada yang suka memancing.

Ada yang suka main games, main futsal dengan kawan-kawan. Jadi tak adil kalau kata isteri itu nak beli apa yang dia suka, kita tak bagi. Sedangkan dorang kalau kita lepak mamak sampai tengah malam pun dia tak kisah.

kadang mereka cuma mahu hilangkan tekanan kerja semata

Isteri beli tak minta duit suami

Lagipun barang yang dia nak beli itu pun bukannya pakai duit kita. Isteri nak beli guna duit dia sendiri itu pun dah kira bagus dah itu. Dia sanggup korbankan hasil titik peluh dia sendiri untuk reward diri dia.

Sedangkan sepatutnya kalau dia ada nak beli apa-apa itu, kita sebagai suami ini lah yang kena belikan untuk dia. Bukan ke kalau kita lagi belanja isteri, lagi murah rezeki satu keluarga sebab buat isteri rasa happy, betul tak?

suami yang baik selalu hadiahkan isteri

Tak salah pun kalau suami yang belanja

Lepas ini kalau kata isteri nak beli barang itu, terus ajak dia naik kereta. “Jom sayang, kita pergi beli barang yang awak nak tu. Saya tak kisah kalau nak kena teman awak cari barang itu sampai dapat.”

“Takpe, biasanya kalau ada barang yang awak nak beli, guna duit awak kan, tapi kali ini biar saya pula yang belanja. Cuma minta doakan saya suami awak ini sentiasa dimurahkan rezeki selalu ya,”

Kan seronok bila isteri dengar suami cakap macam ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge