Bila dah berjanji itu kenalah pandai tepati

jangan-main-main

bukan apa lah, kadang aku sendiri pun sebenarnya ada terlepas pandang juga bab tepati janji ini. yelah kita ini cuma manusia biasa je kan. ada masa kita kandas juga. lalai dalam duk jaga pun masih buat kesilapan. mungkin sebab tu orang buat balik ke kita.

berjanji ini memang senang, tapi nak buat dia tu, punyalah bukan main payah lagi. benda ini lebih kepada macam mana kita jaga kita punya attitude lah. kita kalau nak orang hormat ke kita, benda-benda janji ini kena lah jaga betul-betul. sebab dosa kalau tak tepati.

jangan buat sesuka hati bila dah berjanji

Jangan menyusahkan orang lain

contoh la macam bila kita dah janji nak jumpa orang, tup-tup orang yang kita nak jumpa itu dah sampai. tapi kita tak keluar rumah lagi, kan ke dah menyusahkan orang yang kita dah berjanji itu balik. dia pun dah tentu banyak kerja lain lagi nak kena buat betul tak?

kalau lambat sampai tu okay lah lagi. ini tak, janji nak jumpa pukul 10, orang yang kita nak jumpa tu dah tentu pukul 9 lebih dah keluar rumah. lepas tu kau boleh pukul 10 tu pulak cakap tak jadi nak jumpa. apa ke benda nya baru nak bagitau.

orang lain pun banyak kerja nak buat

Jangan anggap semua perkara remeh

kalau dah tau tak jadi, bagitau lah awal. bro sorry aku rasa macam tak sempat nak keluar jumpa kau dalam pukul 10 jap lagi. sebab ini pun aku nak kena buat benda lain, ada kerja lagi tak siap. orang tu pun takdelah nak keluar rumah dah kalau dah bagitau awal.

benda ini nampak macam remeh tau, tapi jangan buat main-main. benda ini juga boleh merosakkan attitude kita sendiri. lepas ini kau rasa orang nak percaya apa yang kau cakap lagi? minta maaf banyak lah brother. fikir 2-3 kali juga lah kalau nak berjanji lagi.

lepas ini susah orang nak percaya bila kita berjanji kalau selalu tak tepati

Jangan suka beri alasan

nampak tak kesan dia? lama-lama orang pun malas nak layan dengan perangai kita. benda ini aku share sebab aku pun buat juga. jadi bila aku buat lagi lepas ini, aku akan baca balik penulisan ini supaya aku jadi insaf dan tak buat lagi dengan orang lain.

tabiat untuk tepati janji kena latih selalu. biarlah kalau orang buat ke kita, jangan kita pi buat dengan orang lain. kut mana pun kita sentiasa ingat, jangan kita susahkan kerja orang lain. permudahkan urusan orang, orang permudahkan urusan kita.

bahaya bila berjanji tapi tak ditunaikan dengan baik

Jangan main-main dengan janji

sebab apa? Nabi Muhammad sendiri tak suka dengan orang yang berjanji tapi dia mungkir janji. tak tepati janji dia. Nabi marah weyh, kau rasa benda ini main-main ke? jangan buat tak tentu pasal bila dah berjanji dengan orang.

kita nak orang respect kita, kita kenalah respect orang juga. bila kita ini sentiasa tepati janji, orang lain akan pandang kita ini tinggi. dia takkan sesuka hati nak perkecilkan kita dan dia akan jadi segan dengan kita. kita tunjukkan contoh yang baik dengan orang.

insha ALLAH orang baik-baik juga nanti yang akan datang dekat dengan kita.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge