Hidup sebagai berpasangan ini mesti kena ada sikap saling percaya antara satu sama lain. Macam mana kalau kita nak bersama selalu andai kata dalam diri selalu banyak perasaan curiga. Cemburu tak tentu pasal. Apa saja yang pasangan buat serba tak kena.
Jealous itu satu hal lah. Tapi bila selalu sangat berprasangka buruk dengan pasangan kita sendiri ini akan buatkan si dia nanti rasa rimas dan mula cuba untuk protect diri dia sendiri dengan cara yang kita tak suka dan tak gemar.
Sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan
Pertama dia akan mula suka berahsia dengan kita. Apa saja perbuatan yang dia buat kat luar seboleh-bolehnya dia taknak cerita. Bukanlah nak kata dia buat sesuatu perkara yang buruk kat belakang kita, ataupun buat perkara yang tak senonoh.
Cuma dia mungkin malas nak menjawab soalan yang pelik-pelik yang akan keluar daripada mulut kita. Contohnya mungkin dia singgah ke pasar raya sekejap untuk beli barang keperluan sendiri. Tapi bila curiga, kita akan syak yang dia pergi dating dengan orang lain.
Pertengkaran yang tak berpenghujung
Kedua dia akan mula menjauhkan diri dan mengelak untuk kerap berjumpa dengan kita. Yelah, mana larat dia nak jumpa kalau setiap kali nak bergaduh je. Bila masing – masing mula tegakkan pendirian dan ego yang tak bertempat itu.
Emosi akan jadi jiwa kacau. Buat satu perkara tanpa ada tuju dan arah. Macam orang yang terpesong sesat. Mana ada seronok nya hubungan macam ini. Takde senda gurau, takde gelak ketawa. Jadinya satu kehidupan yang membosankan.
Perhubungan yang lebih harmoni
So kesimpulan dia, janganlah selalu timbulkan apa sahaja perkara yang pasangan kita tak suka buat. Bersihkan balik dalam diri dan banyakkan berfikir tentang perkara-perkara yang baik dan yang kita suka dalam kehidupan bersama.
Insha Allah bila asas hubungan itu disemai dan dibaja dengan perkara-perkara yang positif mesti perjalanan perasaan itu akan lebih lembut dan lancar. Perselisihan faham itu biasa tapi macam mana nak atasi perkara itu, sememangnya luar biasa.
Artikel menarik untuk anda:
Support lah sikit bila kawan berniaga
Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa…... Baca selanjutnya »
Respect lah sikit bila tumpang kereta orang
Kalau kita nak tumpang kereta orang, janganlah sampai orang tu pula yang nak kena tunggu kita. Sepatutnya kita lah yang kena awal…... Baca selanjutnya »
Sampai bila nak salahkan orang lain
Hari ni buat aku termenung panjang. Siang tadi aku pergi kenduri kahwin family mama papa. Rasanya memang dah lama tak jumpa keluarga…... Baca selanjutnya »
Apa nak buat bila masam muka dengan isteri?
Hubungan antara suami dan isteri ini normal lah kalau ada naik dan turun. Semua orang akan lalui fasa yang sama. Sedangkan lidah…... Baca selanjutnya »
Pengalaman 12 tahun dalam bidang niaga
Ini aku saja lah nak bagitau. Kalau kau rasa berniaga ini susah, kau jangan risau. Pelik tak bila aku cakap macam ini?…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions