Bila dalam kesusahan, keluarga sentiasa ada bersama

ini-keluarga-aku

Mesti ada antara kita adik beradik yang hidup dia boleh kata senang dan selesa berbanding yang lain. Ada pula sesetengahnya berada dalam kesempitan kewangan dan tersepit mungkin selepas gagal dalam perniagaan atau pekerjaan. Semua orang melalui pengalaman yang berbeza.

Aku sendiri pernah alami fasa susah yang aku tak pernah rasa dalam hidup sebelum ini. Masa itu kita buat apa saja tak kena. Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Sampai satu tahap rasa nak give up dengan hidup dan kalau boleh biar hidup merempat saja. Hilang arah dan tak tahu nak kemana.

hanya keluarga yang aku ada

Melakukan perkara yang tidak sepatutnya

Lama aku berfikir apa sebenarnya yang dah jadi dengan hidup aku ini. Kenapa sebelum ini aku tak pernah kena langsung tapi baru sekarang aku kena pula. Aku jadi orang yang menyalahkan orang lain dan langsung tiada motivasi diri. Aku jadi seorang yang pemarah dan suka naik angin.

Lama-lama aku sedar, kalau aku teruskan macam ini takkan bagi apa-apa dekat aku. Aku cuma merugikan diri aku sendiri. Aku mula insaf dan berusaha untuk perbaiki kesilapan aku dan aku sangat beruntung bila ada keluarga yang sangat membantu untuk aku bangun balik.

keluarga isteri sentiasa bagi sokongan

Keluarga banyak membantu

Mama papa banyak support aku. Apa je yang aku nak buat mama papa mesti support. Asalkan aku nak jalan kan ajer. Aku nak meniaga goreng pisang, mama papa belikan aku dapur untuk aku masak. Belikan kerusi meja untuk customer duduk. Belikan kanopi untuk aku berteduh daripada hujan panas.

Adik beradik aku pula selalu bagi aku duit kalau aku nak beli barang dapur ataupun nak beli pampers anak aku. Aku dah tak perlu risau pasal barang rumah sebab adik-adik aku akan tolong topup kan. Aku bersyukur sangat bila semua keluarga aku tolong.

menunggu pelanggan nasi lemak

Keluarga isteri juga sama

Aku takde duit nak bawa anak-anak aku jalan. Jadi bila mak mertua aku ada masa free mesti mak akan ajak kitorang pergi jalan-jalan. Mak sponsor semua daripada tiket wayang sampailah makan dekat macdonald ke kentucky. Kadang makan pizza lagi.

Adik beradik belah isteri aku juga banyak tolong. Ada waktu-waktu yang aku perlukan duit dorang akan bagi je. Kalau kata aku nak kena guna banyak time itu, dorang bagi aku pinjam. Bila ada duit baru bayar balik. Syukur alhamdulillah ada ramai yang tolong.

hanya mereka yang aku ada

Bantu orang lain pula

Sebab itu dalam hidup sekarang ini aku pegang satu je. Apa yang aku ada ini bukan hak milik aku. Allah SWT cuma izinkan aku pegang je. Dalam rezeki aku ada rezeki mak ayah aku, ada rezeki adik beradik aku. Ada rezeki mak mertua dan bapa mertua aku.

Ada rezeki adik beradik belah isteri aku. Dan terutama sekali rezeki isteri dan anak-anak aku. Sampai masa aku pula bantu semua orang yang dalam kesusahan. Semoga asbab aku menolong, Allah permudahkan urusan aku kat dunia dan akhirat nanti.

Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge