Baru-baru ni viral satu isu tentang perkara yang jadi sensitiviti sebagai seorang Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Dan benda ni melibatkan syarikat tempat aku berjualan.
Terus terang aku cakap, perbuatan yang dorang buat tu memang memalukan dan tak mencerminkan budaya sebagai seorang Islam yang baik. Aku menilai ni daripada pandangan peribadi aku tanpa aku tau penjelasan daripada pihak yang terlibat.
Cuma aku kecewa sikit bila isu ni diviralkan oleh sesetengah pihak. Dan yang lebih buat aku rasa kecewa bila orang yang mengkritik dan mengeji tu adalah antara orang yang aku respect dalam dunia media sosial.
Salah satu sebab aku hormat, dorang ni sangat sukses dalam bidang yang dorang ceburi. Cuma yelah, apa yang kita nampak tu do zahirkan dalam online saja tanpa aku kenal budi dan pekerti mereka.
Cuma tak adil lah aku kata bila ada jadi satu-satu isu macam ni, yang disalahkan adalah semua orang yang terlibat dalam syarikat itu. Sedangkan perbuatan yang dorang buat cuka segelintir saja dan aku sendiri tak pernah terlibat dengan bebenda menyalahi hukum agama ni.
Bagi aku, kalau dah tau nampak benda tu tak baik, tak perlu lah jadi keyboard warriors dan cuba meraih perhatian daripada publisiti murahan macam ni. Aku yakin orang yang melakukan perkara tak baik ni dah pun bertaubat dan menyesali perbuatan mereka.
Sedangkan, orang-orang yang aku hormat ni, belum selesai lagi mengheboh-hebohkan perkara semata untuk dapatkan perhatian, like dan share daripada orang-orang yang sama macam dia juga.
Entahlah, kalau difikirkan balik, aku tak menyokong langsung perbuatan jahat tu. Tapi menyamakan kami semua macam kami pun duk buat benda tu juga memang tak adil lah. Sebab tu orang kata lebih baik diam daripada berkata-kata.
Tapi apa boleh buat, bila hati sudah hitam.
Artikel menarik untuk anda:
Support lah sikit bila kawan berniaga
Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena tenang bila kita buat sales?
Bila kelam kabut buat kerja, kita akan cepat hilang fokus. Ni bahaya bila kita buat sales. Sebab apa? Kalau kita dah hilang…... Baca selanjutnya »
Bila dah mula tak percaya
Hidup sebagai berpasangan ini mesti kena ada sikap saling percaya antara satu sama lain. Macam mana kalau kita nak bersama selalu andai…... Baca selanjutnya »
APA SUDAH JADI
Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila…... Baca selanjutnya »
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions