Bila isteri mula bersuara

isteri-dah-merajuk

Kita para suami, bila isteri dah mula bising-bising, mesti kita jadi rimas. Itu tak kena, ini tak kena. Entah apa yang tak puas hati pun tak tahulah. Asyik nak membebel je 24 jam. Situasi ini memang biasa dialami semua orang. Aku pun tak terkecuali juga. Mula-mula rasa jengkel.

Lama-lama dah selalu kena aku mula fikir dalam diri. Bila isteri kritik sesuatu yang aku buat, aku fahami apa yang dia cuba sampaikan. Baru aku sedar yang selama ini dia selalu marah-marah itu sebab kelemahan aku sendiri. Bukan sebab benda lain pun. Aku je kadang yang terasa lebih

jangan biarkan isteri mula kecil hati

Sabar, jangan mudah ikut perasaan

Biasa kita lelaki ini memang ada ego sikit. Kena tegur dengan isteri terus kita rasa tak senang duduk. Mula lah kita nak naik angin. Lepas itu mula cari kesalahan isteri juga. Semua yang rasa tak best pasal isteri habis diungkit. Sampaikan cerita yang dah lama jadi pun boleh kecoh balik.

Sedangkan benda dah lama pun, sebelum kahwin lagi. Lepas itu tak selesai. Masing-masing masam muka. Dah bergaduh, anak-anak yang jadi mangsa. Habis dipukul budak-budak itu. Tengking dan maki hamun dah jadi makanan pula. Suara pun bukan main tinggi lagi.

lama-lama perasaan cinta pasti pudar

Bertenang, tak jatuh martabat bila kita mengalah

Bayangkan andai kata lepas ini kalau isteri dah tak bising dengan kita dah. Apa yang kita buat dia dah taknak ambil berat langsung. Masa itu rasa sayang pun dah makin pudar. Apa guna dalam perhubungan bila mana perasaan kasih itu dah semakin hilang disebabkan diri kita sendiri.

Waktu itu mungkin dah terlambat untuk kita perbetulkan balik keadaan. Menyesal pun dah tak berguna lagi. Mana kita nak cari isteri yang sama macam sebelum ini yang selalu ambil berat tentang kita, jaga makan pakai kita, bagi ubat masa sakit pening kita.

hanya tinggal kisah kenangan dan impian yang musnah

Bersyukurlah, kerana mereka masih sayang

Dan pengorbanan paling besar sekali adalah.melahirkan anak-anak kita yang akan mendoakan kita bila sudah meninggal dunia nanti. Takkan dapat terbalas segala sakit pedih menanggung azab hingga sanggup menggadaikan nyawa bertarung dengan maut dan ajal.

Kehadiran isteri sangat dirasai bila mereka sudah tiada lagi bersama dengan kita. Waktu itu segala perasaan ego dan tunjuk hebat kita lelaki ini dah takde guna lagi. Hanya penyesalan yang tidak tertanggung. Hargailah selagi mereka masih ada.

Mengalah sajalah, kita kan suami.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge