Bila kita usaha dan buat part kita betul-betul, insha ALLAH mesti ada hasil

IMG_20200924_193618_154

Setiap kali aku present recruitment, ramai bakal business partner yang selalu prejudge diri sendiri. Maksudnya, selalu sangat aku dengar ayat “saya tak boleh nak buat” “saya tak pandai” “saya tak reti nak menjual” dan macam-macam lagi alasan.

Terus terang aku cakap, dulu aku pun jenis macam ni juga. Aku lagi teruk. Sampai sanggup biarkan keadaan dah teruk pun masih aku taknak ambil action. Mengharapkan bantuan datang turun secara tiba-tiba macam dalam cerita movie tu. Aku ni kuat berangan, biasalah suka sangat tengok wayang. Tu yang jadi macam tu.

Hakikat dia sebenarnya mana boleh macam tu. Untuk dapatkan hasil, kita ni mesti kena berusaha. Tak boleh mengharapkan kerja mudah. Sebab tu kalau dah tak boleh tahan dengan pekerjaan yang kita buat, makin lama kewangan makin berkurang, kena cepat cari alternatif lain.

Kalau dulu kena buat macam-macam niaga untuk dapatkan duit tambahan. Syukur alhamdulillah dengan bisnes jualan sekarang, aku cuma perlu tambah unit jualan dengan lebih banyak untuk dapatkan extra income tambahan tu tadi.

Aku bermula daripada zero knowledge sama macam korang juga. Aku pun tak reti. Aku pun takut. Sama je kita. Sebab tu aku takkan benarkan perasaan takut tu jadi kat korang. Tak tahu tu memula je. Lama-lama bila dah banyak kali buat, semuanya jadi senang.

It’s okay untuk korang rasa takut tu. Tapi aku akan sentiasa ada dengan korang. Dan kita pimpin tangan berjaya sama-sama dalam business ni. Aku tolong sedaya yang aku boleh untuk dapatkan income yang korang perlukan. Kita naik sama-sama, kita susah senang sama-sama. Insha ALLAH hasil takkan khianati usaha.

Sampai masa, mesti ALLAH izinkan nak bagi. Sementara tu, kita buat je part kita okay!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge