Bila usahakan sesuatu, buat betul-betul sampai jadi

tanam

Biasanya kita akan teruja bila dapat buat sesuatu perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini. Contohnya bila kita sebelum ini kerja, kemudian kita start nak berniaga sendiri pula.

Semangat berkobar-kobar ini sampaikan bila tidur pun asyik teringat je dengan projek yang kita nak buat. Terbawa mengigau termimpi-mimpi. Tak sabar nak tunggu hari esok untuk nak sambung buat kerja itu.

setiap perkara tentu ada proses yang harus dilalui

Hati mula goyah bila hasil tak kunjung tiba

Tapi bila dah lama-lama buat, kita dah start rasa macam susah. Nak-nak pula benda yang kita usahakan itu mula-mula macam nak membuahkan hasil yang lumayan. Tapi duk buat-buat setiap hari macam takde apa-apa pun.

Kita pun takpe bersangka baik lagi. Kita still teruskan buat dalam masa yang sama kita duk merungut buat benda yang tak jadi-jadi itu. Kita punya energy pun dah makin kurang. Semangat dah makin down. Time ini dah mula cari peluang lain.

mengusahakan sesuatu secara konsisten tentu tidak mudah

Tiada jalan pintas untuk dapatkan sesuatu

Kononnya peluang yang lain tu nanti mesti lebih senang bila nak buat. Lama-lama kita pun tinggalkan je lagi apa yang kita dah buat sekarang. Kita buat benda lain pula. Masa ini rasa macam menyesal buat yang haritu.

Membazir masa dan tenaga buat sedangkan tak bagi manfaat langsung. Kita mengharapkan hasil itu datang dengan cepat dan senang. Percayalah, takde benda yang senang dalam dunia ini.

perlukan kekuatan dan semangat percaya diri yang tinggi

Fokus dan percaya dengan proses yang kita lalui

Bila kita usahakan sesuatu perkara itu, yang paling penting kita kena jaga niat kita. Kita kena tau sebab apa kita buat perkara. Apa kesan dia bila kita buat. Bukan kesan untuk diri sendiri je tapi kesan pada orang sekeliling.

Sebab itu selalu saya bagitau bila buat satu-satu perkara itu, jangan fokuskan pada hasil yang kita akan dapat itu nanti. Walaupun tujuan asal kita buat ialah nak dapatkan hasil, tapi tak boleh kita letakkan hasil sebagai matlamat utama.

hasil adalah perkara diluar kawalan kita

Akan sampai juga masa menuai hasil

Sebab hasil ini perkara yang kita tak boleh nak kawal. Kita tak boleh control. Yang kita boleh kawal itu ialah usaha kita je. Kita teruskan je buat apa yang kita usahakan itu sampai lah siap. Jangan buat separuh jalan.

Andai kata kita yakin dan sabar dengan proses itu, percayalah. Satu hari nanti hasil yang kita nak capai itu akan dapat juga. Masa itu kita dapat hasil bukan sebab usaha yang kita buat. Usaha itu sebagai manusia kita memang wajib buat.

Tapi hasil yang kita dapat itu nanti memang sebab Allah SWT izinkan nak bagi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge