Boleh saya kenal dengan awak?

Hai-awak

Awak tadi saya nampak gambar awak dengan kawan saya dekat Instagram. Terus buat saya rasa macam nak berkenalan dengan awak. Tapi saya rasa malu lah. Segan pun ada. Takut kalau awak tak sudi nak berkawan dengan saya.

Yelah, saya ini siapa je. Cuma orang biasa. Sekolah pun tak tinggi. Setakat SPM je. Saya tengok daripada segi pemakaian awak je tadi saya dah boleh agak awak ini mesti daripada kalangan anak orang kaya, kan?

Cara penampilan awak yang memang moden dan up to date tu buatkan saya rasa tertarik betul. Awak nampak simple je dan tak perlu nak terlalu funky sangat dalam berfesyen. Ini cuma daripada pandangan pertama saya nampak awak tadi lah.

Kalau betul depan-depan saya memang tak tau awak ini jenis orang yang berperwatakan yang macam mana. Yelah, saya cuma menilai awak daripada gambar semata-mata.

Lain daripada yang lain

Saya stalk lagi ke bawah-bawah gambar yang ada dalam profile awak. Wah, bukan calang-calang juga awak ini orangnya ya. Saya tak boleh nak teka awak ini kerja sebagai seorang apa. Cuma saya nampak awak dalam seragam tentera.

Awak ini askar ke? Memang terpegun gila saya tadi bila nampak awak dalam uniform. Dah lah awak tinggi, lepas tu pakai baju full set macam tu memang gempak habis lah.

Belum pernah lagi rasanya saya kenal dengan seseorang yang kerjaya dia sebagai seorang tentera. Andai kata saya dapat berkenalan dengan awak alangkah bahagianya rasa hati saya. Dah tentu-tentu diri saya rasa sangat bertuah.

Yelah, bukan senang nak berkawan dengan orang daripada badan beruniform ini. Mesti awak ada banyak pengalaman yang orang biasa tak dapat macam awak dapat kan?

Kemahiran luar biasa

Saya scroll lagi ke bawah-bawah. Saya nampak beberapa gambar awak tengah isi masa lapang awak kot. Awak tengah bawa moto scrambler dekat trek. Wah, memang hebat lah awak ini. Saya ini nak nampak orang perempuan bawa motor biasa pun susah.

Tapi awak boleh bawa motor scrambler tu ya. Dah lah motor tu besar, tinggi pula tu. Bukan semua orang boleh naik. Kalau saya naik memang tak sampai lah jawabnya.

Awak dengan tinggi awak tu, memang selamba je awak panjat motor tu macam takde pape dengan awak. Tengok gambar awak buat lompatan tu memang kagum gila lah saya awak. Andai kata kalau saya dapat berkenalan dengan awak satu hari nanti, awak ajar saya bawa motor ye awak.

Saya memang tak reti lah nak bawak motor ini. Saya takut sikit sebab dulu masa saya kecil-kecil pernah kena himpap dengan motor. Sampai sekarang saya tak berani nak naik motor. Hihi.

Hebat di gelanggang

Lepas itu, saya scroll lagi kebawah. Saya nampak awak tengah dalam latihan muay thai. Wah ini memang lagi buat saya kagum. Tak pernah lagi saya tengok perempuan pandai berlawan. Selalunya kalau dalam tv tu kita akan nampak orang lelaki je yang main sukan tinju ini. Tapi awak rileks je.

Dengan muka selamba awak dan penuh kesungguhan tu awak training dengan mungkin sifu awak kot. Yang best tu siap ada video lagi. Berdentum-dentum bunyi dia bila awak sepak punching bag tu.

Fuh memang bagus gila kalau awak pandai dalam sukan bela diri. Saya rasa semua perempuan memang patut belajar pergi kelas karate ke, ataupun kelas wing chun ataupun apa-apa je lah. Bukan apa, perempuan ini kadang selalu orang senang ambil kesempatan dalam kelembutan dorang.

Bila ada orang nak buat perkara tak baik, mesti lepas ini awak sepak je orang tu kan. Silap hari bulan kaki awak yang panjang tu mesti sampai kat kepala penjahat tu. Haha. Padan muka.

Mungkin di lain hari

Awak ini memang lain la daripada segi luaran dan dalaman daripada apa yang saya tengok setakat dekat Instagram awak ini lah. Andai kata betul saya berpeluang nak berkenalan dengan awak, saya takkan sia-siakan kesempatan tu.

Mungkin awak ini sudah berpunya ataupun belum tapi saya tak nak kisahkan pun. Asalkan saya boleh dapat berbual dengan awak secara terbuka, itupun dah cukup memadai bagi saya.

Yelah, mesti wanita yang cantik, aktif dan kuat macam awak ni mustahil lah takde orang yang suka. But it’s okay. Saya cuma nak kenal hati budi awak je. Mungkin ada banyak perkara yang saya boleh belajar daripada awak.

Contohnya tentang kehidupan awak, pengalaman awak, kemahiran awak dan lain-lain lagi. Daripada situ pula saya boleh apply kan dalam kehidupan saya supaya takde lah life saya ini sama je sampai bila-bila. Betul tak? Hihi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge